• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cabul Anak Tiri, Polis Bantuan Dipenjara 6 Bulan, 3 Sebatan

oleh Ahmad Albab
07/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang bapa tiri dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencabul kehormatan anak tirinya berusia 13 tahun.

Lelaki yang berumur 33 tahun itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap anak tiri perempuannya itu dengan meraba kemaluannya dengan niat hendak mencabul kehormatan, di rumahnya di Sungai Besi, di sini, pada 6 pagi, 10 November lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Majistret Umzarul An Nur Umar turut memerintahkan tertuduh yang merupakan polis bantuan berpangkat Inspektor menjalani kaunseling dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat selama enam bulan selepas dibebaskan dan mengarahkannya menjalani hukuman penjara itu bermula tarikh tangkap pada 30 November lepas.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yusha memohon hukuman berbentuk pemenjaraan dan sebatan terhadap tertuduh dan dia wajar diasingkan daripada masyarakat.

“Mengambil kira faktor mangsa adalah anak tiri tertuduh yang sepatutnya dilindungi, sebaliknya tertuduh telah mencabul mangsa sehingga menyebabkan gangguan emosi dan merosakkan kehidupan mangsa,” katanya.

Bapa enam anak itu yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah mengenakan hukuman berbentuk denda dengan alasan dia adalah penanggung utama dalam keluarganya.

“Saya menanggung enam orang anak termasuk dua anak tiri, ibu bapa mentua juga di bawah jagaan saya. Saya menyesal akan perbuatan saya dan merayu denda yang rendah,” katanya sambil menangis teresak-esak.

Isteri tertuduh turut menangis ketika mendengar rayuan suaminya.

Mengikut fakta kes, pada 28 Nov lepas, pengadu yang merupakan seorang pegawai perubatan yang merawat mangsa membuat laporan polis selepas diberitahu mangsa didera secara seksual oleh bapa tirinya.

Menurut mangsa, dia telah dicabul oleh bapa tirinya sejak tahun lepas hingga 10 November (kejadian terakhir). – BERNAMA

Tags: kes cabulPolis Bantuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar OKU Dakwa Dicabul Rakan Sekelas Dalam Tandas

Pelajar OKU Dakwa Dicabul Rakan Sekelas Dalam Tandas

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan orang kurang upaya (OKU) mendakwa dicabul oleh rakan sekelasnya di dalam tandas sebuah sekolah menengah...

Cabul Anak Saudara, Bapa Tiga Anak Dipenjara 20 Tahun, Empat Sebatan

Cabul Anak Saudara, Bapa Tiga Anak Dipenjara 20 Tahun, Empat Sebatan

05/11/2025
0

SEREMBAN: Seorang bapa tiga anak dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd