• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunyi Seakan-akan Letupan Bom – Saksi

oleh AK-47
22/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – “Saya terkejut apabila terdengar bunyi letupan yang kuat macam bom,” kata seorang saksi kejadian pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas berhampiran Terminal Peluru, Pangkalan Udara Butterworth di sini petang tadi.

G. Sharvinter, 14, yang berada di Kuil Sri Muneeswaraswami Devasthanam, 100 meter dari tempat kejadian berkata kira-kira 5 petang, beliau sedang bersiap untuk sembahyang dan tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi letupan.

“Saya terus lari keluar dari kuil untuk melihat apa yang berlaku dan asap kelihatan dari pangkalan TUDM berhampiran,” katanya kepada Bernama ketika ditemui hari ini.

Sharvinter berkata kawasan udara di situ sering dilalui pesawat tetapi kali ini, bunyinya lain daripada bunyi pesawat yang sedang terbang kerana ia begitu kuat seakan-akan bunyi letupan bom.

Beliau yang terpinga-pinga dengan apa yang berlaku kemudian terdengar bunyi siren ambulans memasuki tempat kejadian beberapa minit kemudian.

Dalam kejadian kira-kira 5.18 petang itu, seorang juruterbang TUDM maut manakala tiga lagi cedera apabila pesawat jenis Beechcraft B200T yang dinaiki mereka terhempas.

Sementara itu, seorang penduduk kampung Pekan Darat, Mohd Fazil Awang, 53, berkata semasa kejadian, beliau sedang menunggang motosikal dari masjid selepas menunaikan solat asar sebelum terdengar bunyi kuat dan melihat kepulan asap dari dalam Pangkalan TUDM.

Katanya sebelum itu, beliau ternampak pesawat berkenaan terbang rendah dan menyangka ia hendak mendarat di landasan di situ.

“Memang dari pagi tadi nampak ada dua pesawat buat latihan di sini dan selepas nampak asap tebal saya terus ke kedai makanan berhampiran sebelum terdengar bunyi ambulans serta bomba masuk ke dalam kawasan TUDM,” katanya.

Mohd Fazil berkata beliau dan beberapa pelanggan di kedai itu ingin melihat lebih dekat apa yang terjadi dan cuba menghampiri pagar di pangkalan itu bagaimanapun dihalang oleh anggota TUDM yang bertugas di situ.

“Kami dimaklumkan ada pesawat yang sedang berlatih terhempas dan kami semua diarah tinggalkan kawasan berhampiran TUDM,” katanya yang terkejut dengan kejadian tersebut. – BERNAMA

Tags: Pesawat TerhempasTUDM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

07/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku dan pelanggaran disiplin membabitkan setiap warganya...

TUDM Sahkan Pendaratan Kecemasan Pesawat Latihan Di LTSAH

TUDM Sahkan Pendaratan Kecemasan Pesawat Latihan Di LTSAH

19/08/2025
0

ALOR SETAR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan berlakunya kes pendaratan kecemasan melibatkan sebuah pesawat latihan Pilatus PC-7 MkII di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd