• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunuh Kevin Morais: Tertuduh Ke-2 Ada Beli Tong Dram

oleh Ahmad Albab
20/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa tertuduh kedua dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais ada membeli sebuah tong dram daripadanya pada tahun 2015.

Lim Khai Meng, 63, seorang penjual lori, berkata tertuduh kedua itu, G.Gunasekaran membeli tong dram berkenaan dengan harga RM20 dan memberitahunya dia mahu menggunakan tong itu untuk membuang sampah.

“Pada hari tersebut (tahun 2015), ada orang nak beli tong dram untuk dijadikan tong sampah.

“Tidak ada tawar menawar. Dia sebut harga RM20, saya pun jual,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin, dalam perbicaraan hari ke-35, kes pembunuhan Kevin Morais.

Pada 20 September lepas, seorang pegawai polis dalam keterangannnya memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa sebuah tong dram mengandungi mayat Kevin Morais, yang disumbat dalam guni dan disimen, ditemui dalam sebuah paya hitam dan busuk di Subang Jaya pada 16 September 2015.

Lim, saksi pendakwaan ke-53 itu juga merupakan pemilik pusat servis lori dan beliau turut memproses dan menjual minyak hitam terpakai.

Jelasnya tong dram yang dijual kepada tertuduh itu adalah tong dram terpakai yang digunakan untuk menyimpan sisa minyak hitam di kedainya dan itu merupakan kali pertama beliau menjual tong dram kepada orang persendirian sepanjang menjalankan perniagaan sejak lima tahun lepas.

Lim berkata kira-kira empat atau lima buah tong dram disimpan di kedainya dan dijual kepada kedai besi buruk sekiranya tong itu berkarat.

“Pada awalnya dia (tertuduh) tanya saya nak jual (atau tidak) tapi saya kata tak jual, tapi selepas dia pujuk cakap nak buat tong sampah, saya jual,” katanya yang memberitahu tertuduh kedua itu hadir berdua dengan seorang lagi lelaki tetapi beliau tidak dapat mengingati wajah lelaki kedua itu.

Katanya kedua-dua lelaki itu kemudian mengangkat tong dram yang berwarna coklat dan terdapat sedikit kesan karat itu ke dalam sebuah kenderaan jenis Mitsubishi berwarna hitam yang kelihatan seperti kenderaan pacuan empat roda.

Kepada soalan Wan Shaharuddin mengenai saiz tong itu dan adakah tong itu boleh memuatkan seorang manusia, Lim berkata : “Itu saya tidak pasti sebab tong itu agak dalam sedalam 200 liter.

“Pada pandangan saya kalau saya berdiri (dalam tong) tu boleh masuk tapi tak nampak semua (seluruh badan) lah,” katanya.

Enam lelaki – Gunasekaran, 48; R.Dinishwaran, 24; A.K. Thinesh Kumar, 23; M.Vishwanath, 26; S.Nimalan, 23 dan Ravi Chandaran, 45, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Kevin Morais antara 7 pagi dan 8 malam, 4 Sept 2015, antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No.1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.

Dr. Kunaseegaran, 53, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan enam lelaki itu dalam pembunuhan Kevin Morais di tempat, tarikh dan masa sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung esok. – BERNAMA

Tags: Anthony Kevin Moraiskes bunuh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gambar Resit Restoran Pak Din ‘Cekik Darah’ Tersebar

Next Post

Melaka Komited Rintis Pelbagai Program Teknologi Hijau

Related Posts

Kes Bunuh Di Pondok Cherok Tokun: Lelaki Warga Emas Direman 7 Hari

Kes Bunuh Di Pondok Cherok Tokun: Lelaki Warga Emas Direman 7 Hari

30/04/2025
0

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki warga emas direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh di sebuah pondok di...

Kegigihan Mangsa Bunuh Berniaga Di Kuantan Dirakam Secara Kebetulan Pelanggannya

Kegigihan Mangsa Bunuh Berniaga Di Kuantan Dirakam Secara Kebetulan Pelanggannya

16/02/2025
0

KUALA LUMPUR : Ramai warga Kuantan mengakui sering melihat Norshamira Zainal wanita yang ditemui meninggal dunia di tepi sungai berhampiran...

Next Post

Melaka Komited Rintis Pelbagai Program Teknologi Hijau

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd