• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budiman Perkenal Salam 2 Jari, Gunting Rambut RM2

oleh
22/12/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRIHATIN… Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi bakal mengeluarkan kupon Salam 2 Jari, Gunting Rambut RM2 kepada murid sekolah di kawasannya menjelang pembukaan sekolah.

Tawaran istimewa itu dibuka kepada semua pelajar malah mereka hanya perlu mendapatkan kupon tersebut di beberapa tempat untuk perkhidmatan potongan rambut di kedai gunting rambut yang akan ditentukan kemudian.

“Kupon boleh digunakan bermula 28 Disember hingga 2 Januari di kedai gunting rambut biasa. Bukan di salun kecantikan. Kedai biasa mengenakan harga RM8 tetapi dengan kupon ini, mereka hanya bayar RM2,” katanya.

Lebih menarik lagi, Budiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang dijangka memotong rambutnya sendiri supaya beliau dapat tampil lebih kemas bersama-sama dengan murid-murid terlibat.

“Tan Sri Shahrir Samad banyak kali tanya bila saya akan potong rambut, maka saya akan potong bersama-sama mereka nanti, Tan Sri,” katanya sambil berseloroh kepada Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional itu.

Budiman Perkenal Salam 2 Jari, Gunting Rambut RM2

Beliau menyatakan demikian dalam ucapan perasmiannya ketika Majlis Sinar Harapan Yayasan Sime Darby (YSD) ‘Back To School’ di Bangunan UMNO Bahagian Sungai Besar, Selangor pada Khamis yang turut dihadiri Shahrir.

Budiman, 44, yang dilantik sebagai pengerusi baharu Institut Terjemahan dan Buku Malaysia bulan lalu memang terkenal dengan fesyen rambut tebal sehingga menjadi identiti dirinya dalam kalangan penduduk tempatan sendiri.

Dalam pada itu Ketua Pegawai Eksekutif YSD, Yatela Zainal Abidin ketika ditemui pemberita berkata, ia program biasa dilakukan pihaknya melibatkan aktiviti tanggungjawab sosial seperti alam sekitar, kesihatan dan sebagainya.

“Untuk program hari ini, jumlah setiap pelajar terima adalah dalam RM122 setiap keluarga terdiri daripada beg sekolah, baju sekolah, stoking dan alat tulis bagi isirumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000.

“Kita melakukan aktiviti ini setiap tahun sehingga ke Sabah dan Sarawak,” katanya. Pada program itu, seramai 200 murid dari pelbagai sekolah rendah di Parlimen Sungai Besar dipilih oleh YSD. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Budiman Mohd Zohdi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sudah Pergi Pejabat YB, Tapi Selalu Tak Ada, Adu Wanita

24/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Walaupun Barisan Nasional (BN) sudah tidak berkuasa dan tidak memiliki sumber namun komponen parti itu dicari rakyat...

Pesawah Mohon Pemotongan Pemutuan Dikurang

08/05/2018
0

SEKINCHAN – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diminta mengurangkan kadar pemotongan pemutuan padi kepada pesawah di kawasan Sekinchan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd