• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak Dibunuh Kejam Selepas Disalah Tuduh Sebagai Perogol

oleh Ahmad Albab
15/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAYA…seorang budak lelaki berusia 12 tahun, meninggal dunia dalam keadaan menyedihkan apabila dia diseksa hingga mati oleh sepasang suami isteri yang menuduh budak itu merogol anak perempuan mereka yang berusia lima tahun.

Pemeriksaan yang dijalankan ke atas kanak-kanak perempuan berkenaan bagaimanapun tidak menemui bukti dia dirogol.

Budak tersebut, yang merupakan anak yatim piatu, telah diculik dan diikat di kerusi, sebelum dipukul dengan penukul selama beberapa jam. Dia kemudiannya ditikam dan dilemaskan dengan menggunakan beg plastik serta kusyen.

Mangsa dibunuh selepas melalui penderitaan selama 10 jam.  Pembunuhan itu dilakukan oleh pasangan suami isteri, Johana Mora Villagran dan Pablo Morales Correa.  Mereka dibantu oleh dua lagi jiran mereka di Temuco, Chile.

Sementara itu, pendakwaraya, Roberto Garrido memberitahu salah seorang daripada suspek telah menyediakan tempat untuk menyeksa budak terbabit manakala yang lain terlibat dalam penderaan itu.

nintchdbpict000288967096
“Ibu bapa kepada kanak-kanak perempuan itu telah membunuhnya,” katanya.

Mayat mangsa ditemui di bawah katil dan dibalut dengan selimut, beberapa jam selepas dibunuh.

“Daripada kenyataan yang diambil dan pemeriksaan di tempat kejadian, kita percaya mayat itu disembunyikan dengan niat untuk dibuang namun mereka tidak mempunyai masa untuk membuang mayat tersebut,” kata Roberto. – MYNEWSHUB.CC 

Tags: bunuhchilekematian
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Bunuh Dan Makan Daging Keluarganya Sendiri

Next Post

Ibu Beri 96 Hadiah Buat Anak Sempena Krismas Dibidas

Related Posts

Warga Emas Didakwa Bunuh Rakan

Warga Emas Didakwa Bunuh Rakan

06/05/2025
0

Butterworth: Lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh rakan lelakinya pada bulan lalu....

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

04/05/2025
0

LONDON - Seramai 14 kanak-kanak berusia antara 11 hingga 14 tahun ditahan atas dakwaan menyebabkan kematian tanpa niat selepas seorang...

Next Post

Ibu Beri 96 Hadiah Buat Anak Sempena Krismas Dibidas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd