• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buat Laporan Palsu, Sembunyi Gugurkan Janin

oleh Ahmad Albab
17/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang pemuda berusia 20 tahun membuat laporan polis palsu bahawa dia menjumpai mayat seorang bayi di kawasan memancing di Empangan Sepayang, Rompin dekat sini, bagi menyembunyikan kematian bayi yang digugurkan teman wanitanya.

Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai runcit sebelum itu turut membawa mayat bayi itu ke tempat kerja kira-kira 14 jam sebelum membuat laporan polis.

“Suspek mendakwa menjumpai mayat bayi itu selepas membuka balutan kain putih yang ditemui di empangan itu semasa sedang mencari kawasan untuk memancing seorang diri pada pukul 8 pagi semalam.

“Suspek mendakwa dirinya panik lalu membawa mayat bayi itu ke tempat kerja sebelum membuat laporan pada pukul 9.45 malam di Balai Polis Kuala Rompin, selepas menghubungi seorang ustaz di Kuantan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Muhammad Aidil berkata siasatan lanjut bagaimanapun mendapati suspek mengambil mayat bayi itu dari rumah teman wanitanya yang berusia 18 tahun di Pontian Jaya, Rompin.

Remaja wanita itu ditangkap pada pukul 11.10 malam tadi, di hadapan sebuah restoran makanan segera yang merupakan tempat kerjanya, tambahnya.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku menggugurkan bayi itu pada Selasa lalu selepas memakan ubat gugur yang dibeli atas talian dengan harga RM500,” katanya.

Muhammad Aidil menambah pada pukul 2 pagi hari ini, polis turut merampas sehelai kain batik di dalam karung plastik dari tong sampah sebuah rumah di Jalan Seri Sepakat 1, Kuala Rompin berkaitan dengan penemuan mayat bayi itu.

Beliau menambah mayat bayi dihantar ke Hospital Rompin untuk proses bedah siasat manakala kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran yang membawa hukuman penjara makimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: janin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Janin Dalam Tandas Stesen Minyak

11/05/2022
0

Kuala Lumpur : Janin bayi yang cukup sifat ditemukan orang awam di dalam tandas di sebuah stesen minyak di Danau...

Suami Isteri Maut, Janin Terkeluar Dari Kandungan

10/07/2019
0

PASIR MAS - Sepasang suami isteri maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung sebuah kereta di Lebuhraya Rantau Panjang-Pasir Mas dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd