Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Teruk Dibelasah Kekasih Sehingga...

TIDAK tahan didera bertahun-tahun oleh teman lelakinya, seorang model dari China mengambil keputusan...

Selangor Teliti Laporan Banjir...

KUALA SELANGOR - Kerajaan Selangor akan meneliti laporan berkaitan banjir kilat yang berlaku...

Pengundi Seri Setia Perlu...

PETALING JAYA - Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Seri Setia menyaksikan pertembungan pengundi...

Pesawat Malaysia Airlines Tergelincir...

KUALA LUMPUR - Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang membawa 61 penumpang dan enam...

Bekas MP Tuaran Dan 156 Orang Lagi Sertai UPKO

TUARAN – Bekas Anggota Parlimen Tuaran Datuk Monggoh Orow bersama 156 orang lagi dari di daerah Tuaran menyertai Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) di sini, malam tadi.

Monggoh, yang juga Presiden Pertubuhan Pelestarian Bahasa Lotud Sabah, mewakili kesemua individu tersebut menyerahkan borang keanggotaan kepada pemangku Presiden UPKO Datuk Seri Madius Tangau pada majlis santai bersama Madius sambil disaksikan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tuaran Datuk Seri Hajiji Noor.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Monggoh berkata penyertaannya ke dalam UPKO bukan perkara baharu kerana dulu beliau pernah menjadi Bendahari Agung Parti Demokratik Sabah (PDS).

“Dulu UPKO dikenali sebagai PDS dan pada masa itu saya telah berjuang untuk rakyat dan kini saya mengambil keputusan untuk kembali bersama UPKO untuk mahu bersama berjuang demi rakyat Sabah.


“Kita lihat kerajaan pada masa ini di bawah pimpinan BN telah banyak memberi pembangunan kepada Sabah, tidak kira di bandar atau di kawasan bandar. Sabab itu saya mengambil keputusan untuk terus berjuang bersama UPKO,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • UPKO

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori