Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Kaunter JPN Tutup 3...

KUALA LUMPUR - Operasi kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan ditutup sementara sempena...

Perkhidmatan Ambulans Tidak Pasang...

LONDON - Penduduk membantah tindakan London Ambulance Service yang memutuskan untuk tidak bunyi...

Bekas ADUN Gunung Semanggol...

BAGAN SERAI - Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Mohamad Zawawi...

Miss V Dan Tuala...

Tuala wanita dan Miss V menjadi isu hangat gara-gara kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Wanita Yadim.

Bekas Ahli Perniagaan Dihukum Gantung Sampai Mati

JOHOR BAHRU – Seorang bekas ahli perniagaan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah atas tuduhan mengedar dadah di Taman Plentong Baru, Masai, dekat sini, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak menjatuhkan hukuman itu ke atas Loo See Lee selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Pada 31 Ogos 2014, tertuduh didapati mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 164.92 gram di hadapan sebuah bengkel kereta, Taman Plentong Baru, dekat Masai, kira-kira 3 petang.

Loo juga dikenakan hukuman penjara enam bulan dari tarikh ditangkap kerana memiliki dadah jenis Nimetazepam seberat 0.78 gram pada tempat dan tarikh yang sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan membawa hukuman gantung sampai mati.


Pendakwaan dibawa Timbalan Pendakwa Raya, Nurafiah Saini manakala tertuduh diwakili peguam Arif Aizudin Masrom. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori