• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Air Pulih Lebih Awal Daripada Jangkaan – Azmin

oleh Ahmad Albab
22/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pemulihan bekalan air ke semua kawasan yang terjejas akibat kerja penyelenggaraan pencawang masuk utama Bukit Badong, Hulu Selangor, berjaya dilaksanakan Air Selangor dalam tempoh tiga hari berbanding jangkaan enam hari sebelum ini.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata berdasarkan laporan yang diterima setakat 7 pagi ini, status pemulihan bekalan air ke semua kawasan yang terlibat selesai 100 peratus bagi zon 1 dan 99.5 peratus bagi zon 2.

“Saya merakamkan penghargaan kepada kakitangan Air Selangor yang berusaha gigih sepanjang waktu menyegerakan pemulihan bekalan air ke semua kawasan terjejas dengan pantas.

“Keselesaan pengguna air adalah keutamaan kerajaan negeri khususnya sewaktu musim perayaan dan cuti sekolah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamed Azmin dalam pada itu berkata kerajaan negeri tetap akan terus memantau keadaan bagi memastikan bekalan air bersih sentiasa mencukupi untuk pengguna di Lembah Klang.

Terdahulu, Air Selangor dalam satu kenyataan berkata bekalan air di hampir semua kawasan yang terganggu akibat kerja penyelenggaraan itu telah pulih kecuali di Kampung Rantau Panjang dan Taman Cempaka Sari, Klang, setakat 7 pagi tadi.

Menurutnya, semua kawasan di zon 1 dan zon 2 Kuala Lumpur, Petaling, Gombak, Kuala Langat, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Kuala Langat telah mencapai status pemulihan 100 peratus kecuali zon 2 Klang sebanyak 96 peratus.

“Segala usaha sedang ditumpukan untuk memulihkan bekalan air di Kampung Rantau Panjang dan Taman Cempaka Sari di Klang. Bagi dua kawasan ini, pemulihan sepenuhnya dijangkakan menjelang lewat petang ini,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: Azmin Alibekalan air
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd