• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Air Di Hulu Langat Pulih Secara Berperingkat

oleh AK-47
09/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gangguan bekalan air di kawasan Zon 2, Hulu Langat meliputi Bandar Mahkota Cheras, Bandar Tun Hussein Onn, Taman Cheras Mas dan Cheras Vista, akan pulih secara berperingkat bermula 4 petang ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam kenyataan, bagaimanapun berkata bekalan air akan dihentikan dua hari kemudian, pada Sabtu ini bermula 9 pagi dan disalurkan semula dua hari berikutnya, pada 12 Dis bermula 4 petang.

Kebanyakan kawasan di Zon 1, Hulu Langat seperti Kajang, Semenyih dan Cheras, Kuala Lumpur dan Petaling telah mendapat bekalan air menerusi proses pemulihan bekalan air berjadual mengikut zon.

Bagi beberapa kawasan yang lewat menerima bekalan air di Zon 1, bantuan bekalan air akan dilanjutkan sehingga ke hari ini, menurut kenyataan itu.

Sementara itu, kerja-kerja pembaikan paip pecah berhampiran stesen MRT Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Jalan Damansara masih lagi dilaksanakan.

Faktor halangan serta lokasi paip merumitkan aktiviti pembaikan di tapak dan pemasangan saluran pintasan sedang dilaksanakan bagi mempercepatkan pemulihan bekalan air secara berperingkat di kawasan terlibat.

Bantuan bekalan air akan dihantar dengan lori tangki air ke kawasan mengalami gangguan bekalan air terutamanya premis yang terletak di kawasan tinggi dan hujung sistem agihan.

Pengguna boleh memohon bantuan bekalan air dengan menghantar SMS ke 15300 dengan menaip: TANKER <jarak> nama dan alamat.

Maklumat terkini mengenai pemulihan bekalan air boleh dirujuk di www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar ‘mySyabas’, Facebook ‘Puspel Syabas’ atau ‘Air Selangor’. – BERNAMA

Tags: air selangorbekalan air
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

Pengguna Akan Terima Bekalan Air Secara Berperingkat Mulai Awal Pagi Esok – Air Selangor

Pengguna Akan Terima Bekalan Air Secara Berperingkat Mulai Awal Pagi Esok – Air Selangor

05/06/2024
1

SHAH ALAM : Pengguna dijangka menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat bermula jam 3 pagi esok, selepas kerja penyelenggaraan dan penggantian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd