• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Maut Dimakan Tikus Ketika Ibu Keluar Berpesta

oleh AK-47
22/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHANNESBURG – Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan maut setelah dimakan hidup-hidup oleh seekor tikus gergasi selepas mangsa ditinggalkan ibunya seorang diri di rumah.

Dalam kejadian berlaku di sebuah kawasan perumahan miskin di East Rand, dekat ibu negara Afrika Selatan, ibu mangsa pada ketika itu sedang sibuk hadiri parti tidak menyedari anaknya telah ‘rakus’ dikerjakan haiwan berkenaan.

Menurut Dailymail, insiden itu membangkitkan kemarahan orang ramai yang menggesa ibu berusia 26 tahun tersebut ‘mereput dalam penjara’ dan kini wanita terbabit ditahan pihak polis atas tuduhan berlaku cuai dalam menjaga anak.

Bagaimanapun kembar mangsa yang merupakan bayi lelaki terselamat daripada menjadi mangsa bahaman tikus tersebut kerana ibunya turut membawa dia bersama ke parti berkenaan.

Mengulas tentang kejadian tersebut, seorang jiran wanita itu berkata, bayi perempuan berkenaan mati dalam keadaan yang amat menyakitkan.

“Lidah, mata dan jari bayi itu habis dimakan oleh tikus.

“Selain anggota badan yang hilang, mayatnya yang masih tinggal turut mempunyai kesan gigitan dan kesan luka dari gigi tikus. Wanita itu mesti mereput dalam penjara. Dia tidak layak jadi ibu,” katanya.

Anak perempuan kepada pemilik rumah yang disewa ibu itu berkata: “Satu-satunya benda yang disukai oleh wanita itu adalah keluar berpesta. Dia mula menyewa pada awal tahun ini,” kata Noluthando Mthashali.

Tuan rumah, Sesi Mtshali pula berkata: “Di sini memang ada banyak tikus. Wanita itu tinggalkan bayi-bayinya sendirian sepanjang malam sehingga bayi-bayi itu menangis sampai tertidur sendiri.”

Pegawai polis Kathelong, Kapten Mega Noble mengesahkan penahanan wanita tersebut yang dipercayai keluar berparti sehingga mabuk ketika kejadian dan meninggalkan anaknya seorang diri.

“Saya juga mengesahkan bayi perempuan itu maut akibat dimakan tikus dan ibu mangsa akan didakwa di atas pertuduhan pengabaian kanak-kanak. Kes ini akan didengar di mahkamah tahun depan,” katanya.

Ini bukan kali pertama kes bayi dimakan tikus berlaku di kawasan Afrika Selatan. Pada 2011, seorang bayi lelaki mati dimakan makhluk itu di luar Cape Town ketika dia sedang tidur di atas lantai bersama ibu bapanya.

Pada tahun yang sama, seorang lagi bayi dimakan hidup-hidup di Soweto ketika ibunya sedang keluar bersama rakan-rakan.

Sebulan sebelum itu, seorang warga emas, Nomathemba Joyi, 77, maut apabila seekor tikus gergasi memakan kawasan mukanya ketika dia sedang tidur. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Afrika SelatanbayiIbutikus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Afrika Selatan Isytihar Wakil Israel Persona Non Grata, Arah Tinggalkan Negara Dalam 72 Jam

Afrika Selatan Isytihar Wakil Israel Persona Non Grata, Arah Tinggalkan Negara Dalam 72 Jam

31/01/2026
0

30 Januari 2026/MYNEWSHUB  PRETORIA – Kerajaan Afrika Selatan mengisytiharkan Wakil Tetap Sementara (Chargé d’Affaires) Israel sebagai persona non grata (orang...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd