Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Isu Tok Lebai: Wanita...

KUALA LUMPUR - Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menuntut Dewan Muslimat...

Gambar Tukang Sapu Kudung...

HENDAK seribu daya, tak hendak seribu dalih..Itulah peribahasa yang sangat sinonim dan sesuai...

7,000 Sertai Program World...

KUALA LUMPUR - Alunan ayat suci al-Quran sekali lagi bergema di sekitar Universiti...

Ubat Nyamuk Tidak Berdaftar...

KUALA LUMPUR - Jabatan Pertanian mengesan berlaku penjualan tiga produk lingkaran nyamuk tidak...

Bapa 2 Anak Mengaku Tidak Bersalah Aibkan Ex-GF

KUALA LUMPUR – Seorang bapa dua anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan mengaibkan kehormatan bekas teman wanitanya, Oktober lepas.

Cristopher Kelawing, 45, seorang pelukis sambilan, didakwa mengaibkan kehormatan seorang juru analisis berusia 28 tahun dengan cara menghantar gambar dan video lucah melalui e-mel kepada mangsa di sebuah pejabat di Bukit Bintang, di sini, pada 8.30 pagi, 14 Oktober lepas.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam, P. Muniswer memohon jaminan yang rendah dengan alasan tertuduh mempunyai dua orang anak dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan pada 10 Jan depan untuk sebutan semula kes.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori