• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM Pantau Ancaman Pengganas Di Luar Negara

oleh AK-47
20/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang memantau rapi setiap ancaman dan cara serangan pengganas yang berlaku di Jordan, Turki dan Jerman ketika ini.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata pihaknya sentiasa bersedia dan mempunyai kaedah tersendiri dalam menangani masalah serangan pengganas serta tidak akan ambil mudah ancaman itu.

“Apa yang telah berlaku di Jordan, Turki dan Jerman ini, saya tegaskan agar jangan ambil mudah dan sentiasa pantau dan berjaga-jaga dalam memantau keadaan semasa yang berlaku di luar negara.

“Persiapan ini boleh mengurangkan kebarangkalian serangan pengganas dan kita masih lagi menggunakan kaedah yang sama bagi tangani kes pengganas ini dan semua peringkat telah mengambil tindakan sewajarnya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penutupan kursus dan penyampaian Diploma Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) 36/16 di sini, hari ini.

Menurutnya arahan siap sedia dengan sebarang ancaman pengganas seperti itu telah dikeluarkan untuk menyekati ia daripada berlaku di negara ini.

Pada Ahad lalu, dua pelancong Malaysia mengalami kecederaan ringan susulan kejadian tembak-menembak antara pasukan keselamatan Jordan dan sekumpulan lelaki bersenjata di Karak Castle di Bandar Karak, Jordan.

Serangan itu mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan orang iaitu seorang wanita Kanada, tiga orang awam dan lima anggota polis.

Pada hari yang sama Duta Rusia ke Turki, Andrey Karlov telah ditembak mati di Ankara, Turki oleh Melvut Mert Aydintas ketika Karlov sedang berucap pada pembukaan pameran seni di Ankara.

Dalam pada itu, semalam 12 orang dilaporkan terkorban dalam insiden rempuhan trak di Christmas Market di Breitscheidplatz Square, Kurfuerstendamm Avenue barat Berlin.

Suspek dipercayai pemandu lori tersebut yang dilaporkan telah ditahan berhampiran tempat kejadian. – BERNAMA

Tags: Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed NoorPanglima ATM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ini Habuannya Padah Curi Telefon Milik Guru Kung Fu

Next Post

Felcra Perlu Jadi Peneraju Industri Bekalan Makanan

Related Posts

‘Tragedi Yang Amat Malang ‘ – Panglima ATM

‘Tragedi Yang Amat Malang ‘ – Panglima ATM

23/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Satu lembaga penyiasatan akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menjalankan siasatan terperinci insiden pertembungan dua helikopter Tentera Laut...

Ismail Sabri, Panglima ATM Terima Vaksin COVID-19

26/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, serta pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini...

Next Post

Felcra Perlu Jadi Peneraju Industri Bekalan Makanan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd