• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Tentera Maut, Motosikal Dilanggar Bas Ekspres

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERIAN – Seorang anggota tentera maut selepas motosikal yang ditunggangi bersama sepupunya dilanggar sebuah bas ekspres dalam satu kemalangan melibatkan tiga kenderaaan di KM61 Jalan Kuching/Sri Aman-Serian di sini malam tadi.

Dalam kejadian 11.20 malam itu, mangsa Mohammad Haziq Irsyaduddin Ismail, 23, yang bertugas di Markas Tentera Darat Kem Kementah, Kuala Lumpur bersama Eirsard Emier Bin Yahya, 20, dalam perjalanan dari arah Pasar Serian menuju ke rumahnya di Kampung Hulu, Serian.

Pemangku Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, ASP Mathew Manggi berkata mangsa kemudiannya berhenti di tengah jalan untuk membelok masuk ke simpang kampung tersebut sebelum bas ekspres itu melanggar motosikal tersebut dari arah belakang.

“Akibat rempuhan itu Mohammad Haziq meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan luka di bahagian rusuk sebelah kanan.

“Sepupunya Eirsard Emier yang membonceng motosikal itu turut mengalami kecederaan parah di kepala selepas terpelanting ke atas bonet sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) Toyota Fortuner yang datang dari arah Sri Aman,” katanya.

Mathew berkata Eirsard Emier yang mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Daerah Serian sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak.

“Jenazah Mohammad Haziq pula dibawa ke Hospital Daerah Serian untuk dibuat pemeriksaan lanjut punca kematian dan mayat mangsa akan diserahkan kepada waris selepas selesai pemeriksaan,” katanya.

Mathew berkata kedua-dua pemandu bas ekspres dan Toyota Fortuner tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: Anggota Tenterabas ekspresmautmotosikal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Lubricants Di Stadium Sultan Ibrahim, Tawar Minyak Enjin Motosikal Dan Kereta

JDT Lubricants Di Stadium Sultan Ibrahim, Tawar Minyak Enjin Motosikal Dan Kereta

02/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) terus memperluaskan jenamanya dalam industri automotif menerusi JDT Lubricants yang menawarkan...

Akmal Saleh Hampir Cukup Wang Bayar Saman Teresa Kok, Berjaya Jual Motosikal Dan Ikan RM180,000

Akmal Saleh Hampir Cukup Wang Bayar Saman Teresa Kok, Berjaya Jual Motosikal Dan Ikan RM180,000

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh memaklumkan beliau kini hampir mempunyai wang mencukupi untuk membayar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd