Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Agong, Permaisuri Berangkat Pulang...

TOKYO - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat pulang...

Kementerian Siasat Lambakan Beras...

PARIT BUNTAR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menyiasat dakwaan berhubung...

Jabatan AG Bantah Saman...

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AG) hari ini mengemukakan bantahan awal terhadap...

TMJ Tawar Harimau Malaya...

JOHOR BAHRU – Pemilik kelab bola sepak gergasi tanah air, Johor Darul Takzim...

97 Sabitan Kes Pemerdagangan Orang Pada 2016

PUTRAJAYA – Sebanyak 97 sabitan kes pemerdagangan orang direkodkan pada 2016, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri memaklumkan perkara itu ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi (HLC) Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) di sini hari ini.

Sabitan kes berkenaan terdiri daripada 76 sabitan kes pemerdagangan orang, sembilan sabitan di bawah kes penyeludupan migran termasuk kes di Wang Kelian dan 12 sabitan kes di bawah Akta Imigresen, Kanun Keseksaan dan akta lain yang berkaitan, katanya.

“Kejayaan ini hasil kerjasama erat dan komitmen berterusan ahli MAPO terutama melibatkan timbalan-timbalan pendakwa raya, pegawai penguatkuasa dan pegawai pelindung kepada mangsa pemerdagangan orang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena mesyuarat berkenaan.

Ahmad Zahid turut memaklumkan sehingga November tahun ini, 16 mangsa pemerdagangan orang diberikan kebenaran untuk bergerak bebas oleh MAPO.


Peraturan-Peraturan Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Kebenaran untuk Bergerak Bebas dan untuk Bekerja) (Warganegara Asing) 2016 mula dikuatkuasakan pada 4 Mei 2016.

Kerajaan juga bersetuju dengan cadangan penubuhan Pasukan Petugas Akta Anti-pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) dengan kerjasama organisasi antarabangsa iaitu Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) mulai 2017 bagi memperkasakan siasatan dan penguatkuasaan ATIPSOM 2007, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori