BERLIN – Sekurang-kurangnya 9 terbunuh, berpuluh-puluh lagi cedera selepas sebuah lori merempuh pasar Krismas yang sesak di bandar raya ini pada Isnin dalam kejadian yang disyaki sebagai serangan pengganas.
Lori itu dikatakan merempuh sejauh 80 meter ke dalam pasar itu yang sesak dengan warga tempatan dan pelancong.
Insiden itu mengingatkan kepada kejadian serangan hampir sama pada Julai lalu di bandar Nice, Perancis yang menyebabkan 86 orang terbunuh.
“Saya tak mahu lagi guna perkataan ‘serangan’ walaupun setakat ini ada banyak perkara menjurus ke arah itu,” kata Menteri Dalam Negeri, Thomas de Maiziere.
“Lelaki yang memandu lori itu sudah ditahan,” kata seorang jurucakap polis sambil menambah penumpang depan bagaimanapun terbunuh.
Pemilik syarikat lori berbangsa Poland, Ariel Zurawski mengesahkan pemandunya tidak dapat dihubungi sejak tengah hari.
Pihak berkuasa Jerman berkata, mereka belum mengetahui kerakyatan dan umur pemandu lori yang ditahan. Pasar Krismas tradisional adalah destinasi popular di seluruh Jerman menjelang perayaan itu hujung bulan ini. – AFP/BH ONLINE