• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

87 Jemaah Umrah Terkandas Di Makkah

oleh Ahmad Albab
01/01/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Syarikat Al Fajr Travel and Tours Sdn. Bhd., yang menguruskan 87 jemaah umrah yang dikatakan terkandas di Makkah sejak lima hari lepas, mengesahkan kelewatan jemaah pulang disebabkan kerosakan enjin pesawat yang dikendalikan oleh Mega Maldives Airlines pada 26 Disember lalu.

Pengurus Operasinya Mejar (B) Abdul Rashid Sarbini berkata pihaknya berharap agar para jemaah bersabar dan memberi sedikit masa bagi syarikat penerbangan membaiki pesawat yang sepatutnya membawa pulang para jemaah pada tarikh tersebut.

Selain itu, pihaknya juga turut mencari alternatif lain seperti mencari pesawat dan penerbangan lain seperti Saudi Airlines bagi membawa pulang jemaah umrah, yang kebanyakannya dari Batu Pahat, secepat mungkin.

“Masalah berpunca daripada kerosakan pesawat Mega Maldives akibat masalah enjin. Pesawat itu sepatutnya membawa pulang jemaah kami dari Jeddah Isnin lepas (26 Disember) dan juga jemaah lain dari syarikat lain. Pihak mereka sudah maklumkan yang kerosakan itu akan mengambil masa selama lima hingga 10 hari untuk dibaiki,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Rashid berkata para jemaah yang terlibat telah dimaklumkan serta diberi penginapan oleh syarikat penerbangan serta makan dan minum dibiayai oleh Al Fajr Travel and Tours.

Mengikut perancangan terkini, jemaah dijangka pulang paling awal 1 Januari atau 2 Januari ini, sekiranya masalah pesawat dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Memang menjadi tanggungjawab kami untuk membawa pulang jemaah jadi kami harap jemaah dan keluarga di sini juga diharapkan banyak-banyak bersabar,” katanya.

Berkenaan dengan tindakan yang mungkin dikenakan ke atas jemaah kerana tinggal di Jeddah melebihi tempoh masa visa yang dibenarkan, beliau berkata para jemaah tidak perlu risau memandangkan pihak syarikat telah pun memaklumkan permasalahan kepada muasasah yang menguruskan jemaah di sana dan juga Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

“Tiada tindakan yang akan dikenakan kepada jemaah, jadi tidak perlu risau. Kalau ada tindakan pun, ke atas kami (syarikat). Tetapi dalam kes ini, kami dah maklumkan kepada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, mereka juga sudah maklum, jadi tidak timbul langsung mengenai tindakan kecuali ada jemaah yang secara sengaja tinggal melebihi tempoh yang ditetapkan,” kata Abdul Rashid.

Semalam, seramai 87 jemaah dari Batu Pahat dilaporkan terkandas di Makkah berikutan agensi pengurusan umrah mereka gagal menguruskan jadual penerbangan pulang seperti ditetapkan dan berita mengenainya mendapat perhatian Pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah.

Menurut semakan visa yang dibuat oleh pihak konsulat, jemaah berkenaan yang tiba di Jeddah 12 Disember lalu, dibenarkan tinggal selama 30 hari iaitu sehingga 12 Januari ini.

Sementara itu, Mega Maldives Airlines dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya masih menunggu persetujuan pengendali lain untuk melaksanakan penerbangan sewa khas bagi membawa penumpang dari Jeddah ke Kuala Lumpur serta dari Kuala Lumpur ke Jeddah.

Syarikat penerbangan itu memahami bahawa notis yang munasabah perlu diberikan kepada pesawat untuk penumpang pergi ke lapangan terbang.

“Sekiranya penumpang membuat pertimbangan lain untuk perjalanan mereka, kami meminta agar mereka maklumkan kepada kami dan agensi pelancongan mereka supaya kami dapat memperuntukkan kapasiti tempat duduk yang kami cuba untuk menguruskan dengan sewajarnya,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: Makkahpesawatumrah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋

14/04/2026
0

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋 Alhamdulillah Pendaftaran dan Tempahan Bagi Ibadah Korban pada tahun ini...

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd