• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

74% Pelanggan Celcom Didominasi Pengguna Prabayar

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah pelanggan Celcom Axiata Bhd dikuasai 74 peratus oleh pengguna prabayar dan peratusan ini dijangka meningkat, kata Ketua Pegawai Pemasarannya Zalman Aefendy Zainal Abidin.

Beliau berkata setakat 30 Sept, 2016, Celcom mempunyai 8.28 juta pengguna prabayar daripada keseluruhan 11.15 juta pelanggannya.

“Kami menjangkakan jumlah pelanggan prabayar dan penguasaan pasaran kami akan berkembang,” katanya selepas pelancaran pek permulaan SIM prabayar bagi Xpax di sini hari ini.

Pada November lepas, Celcom melaporkan jumlah pelanggannya seramai 11.23 juta pada suku kedua manakala dalam suku ketiga berakhir 30 Sept, 2015, asas pelanggannya seramai 12.51 juta.

Mengenai kit permulaan Xpax baharu, Zalman berkata ia berharga RM10, termasuk data asas percuma bagi pengguna Internet dan Facebook.

“Kad SIM baharu ini menawarkan 10GB Internet asas percuma dan 10 gigabait percuma untuk penggunaan Facebook.

“Selagi pelanggan prabayar mempunyai nombor telefon yang aktif, mereka akan terus menerima Internet asas 10GB percuma dan saiz data 10 gigabait untuk penggunaan Facebook.

Kempen terkininya itu yang dipanggil ‘#nokelentong’, bertujuan mengurangkan kerumitan dan menawarkan empat pelan Internet mampu bayar tanpa pengasingan kuota.

Pek baharu ini menawarkan pelan tambah nilai RM3 untuk 1GB (harian), RM10 bagi 2GB (mingguan) dan dua pelan bulanan — RM30 untuk 5GB dan RM50 untuk 10GB.

“Celcom memahami isu yang dihadapi oleh pelanggan prabayarnya, oleh itu kit permulaan baharu yang disokong rangkaian 4G, akan terus memudahkan selain meningkatkan pengalaman Internet,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Individu Dakwa Disembur Pemadam Api Di Korea

Individu Dakwa Disembur Pemadam Api Di Korea

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Hasrat mencari peluang pekerjaan di Korea Selatan bertukar menjadi pengalaman pahit apabila seorang individu mendakwa dia bersama rakan-rakannya...

Bakul Makanan Dikaitkan Dengan Bakal Calon PRN Melaka

Bakul Makanan Dikaitkan Dengan Bakal Calon PRN Melaka

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub   Video memaparkan seorang lelaki yang dikaitkan dengan status bakal calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bersama bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd