• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Penyeludup Ditembak Mati Di Segitiga Emas

oleh Ahmad Albab
09/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Tentera Thailand menembak mati tujuh lelaki yang dipercayai penyeludup dadah di kawasan yang dikenali sebagai Segitiga Emas di sempadan negara itu, kata pegawai semalam.

Jurucakap tentera berkata, tembak menembak berlaku pada jam 1 pagi (waktu tempatan) apabila suspek yang berjalan melalui kawasan pergunungan enggan berhenti ketika cuba ditahan anggota tentera yang membuat rondaan.

“Ketujuh-tujuh lelaki berkenaan maut di tempat kejadian.

“Kami mengesyaki mereka daripada etnik Wa dan cuba menyeludup dadah ke wilayah Chiang Rai yang terletak berhampiran sempadan Myanmar,” katanya.

Menurutnya, askar Thailand merampas kira-kira 554,000 pil methamphetamine, 30 kilogram heroin dan selaras raifal AK-47 daripada suspek.

Etnik Wa yang menetap di barat laut Myanmar, adalah kumpulan pemberontak yang menguasai banyak kawasan dan didakwa menguasai empayar dadah.

Kawasan sempadan antara Thailand, Myanmar dan Laos itu dikenali sebagai Segitiga Emas kerana berada di zon pengeluaran dadah terbesar di rantau ini.

Kawasan Segitiga Emas itu sebelum ini terkenal dengan perdagangan candu tetapi kini menjadi pengeluar methamphetamine ketika permintaan untuk dadah itu melonjak di Asia. – AFP/myMetro Online

Tags: Thailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

18/01/2026
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan termasuk cawangan khas kini giat memburu beberapa suspek pengeboman 11 stesen minyak di Selatan Thailand yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd