• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

65 Premis 7-Eleven Di Ipoh Sertai Program Safecam PDRM

oleh AK-47
27/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sebanyak 65 premis kedai serbaneka 24 jam 7-Eleven di sekitar bandaraya ini menyertai program ‘Safecam Partnership’ Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu mencegah dan menangani aktiviti jenayah.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata menerusi program itu, setiap premis akan dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) dikenali sebagai ‘Safecam’ yang beroperasi 24 jam.

Beliau berkata program itu membantu memudahkan pihak berkuasa mengawal selia usaha pencegahan jenayah serta proses penyiasatan akan lebih efektif dan
berkesan.

“Seperti yang kita sedia maklum kegiatan samun kedai serbaneka 7-Eleven kian berleluasa… Disember ini enam premis 7-Eleven di Ipoh dirompak,” katanya semasa berucap pada majlis penyerahan pelekat Safecam PDRM-7-Eleven Daerah Ipoh di sini, hari ini.

Sum berkata program hari ini merupakan kesinambungan daripada pelancaran program peringkat negeri yang diadakan di Taiping pada 16 Dis lalu dan akan diperluas di semua daerah.

Sementara itu, Pengurus 7-Eleven kawasan Ipoh, Abdul Khairi Abdullah percaya dengan menjadi sebahagian daripada anggota Safecam, ia akan membantu mencegah kejadian rompakan di kedai serbaneka. – BERNAMA

Tags: 7-ElevenPDRMProgram Safecam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

04/03/2026
0

Oleh Mynewshub GEORGE TOWN – Polis membuka kertas siasatan berhubung satu hantaran tular di media sosial yang menyentuh tentang satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd