Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Lelaki Lakukan Hubungan Seks...

GILA, seorang bapa kepada tiga anak telah ditangkap kerana melakukan hubungan seks dengan...

OIC Gesa Qatar Hormati...

KUALA LUMPUR - Sekretariat Am Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggesa Qatar menghormati komitmen...

Gempa Di Sabah: Doakan...

SINGAPURA - "Doakan yang terbaik," kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong berhubung nasib...

Projek Taman Tasik Bandar...

KOTA TINGGI – Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah...

6 Sekeluarga Mati Dikurung Perompak Dalam Bilik Air

JAKARTA – Enam sekeluarga maut setelah dikurung sehari semalam bersama lima lagi yang selamat dalam sebuah bilik air kecil di sebuah rumah di Pulomas Utara, Pulogadung, Jakarta Timur di sini.

Keenam-enam mangsa termasuk dua kanak-kanak itu dipercayai meninggal dunia awal pagi tadi setelah sesak nafas akibat kekurangan oksigen setelah dikurung sejak pagi semalam dalam bilik air seluas 1.5 X 1.5 meter itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Residen Jakarta Timur Sapta Maulana berkata, kesemua yang maut dan selamat itu ditemui setelah polis menerima laporan mengenai kejadian itu pagi tadi.

“Kesemuanya sebelas orang telah dikurung oleh perompak dalam bilik air yang kecil dan pintu bilik air itu dikunci dari luar sejak Isnin,” katanya seperti yang dipetik oleh media dalam talian tempatan hari ini.

Beliau berkata, kejadian itu hanya disedari hari ini oleh salah seorang saudara perempuan mereka yang mengunjungi rumah berkenaan pagi tadi.

Katanya, seorang saudara mereka bernama Sheila Putri yang secara kebetulan mengunjungi rumah itu pada kira-kira pukul 10 pagi tadi terkejut apabila pintu pagar dan pintu rumah berkenaan didapati terbuka luas dan apabila memasuki rumah itu terdengar suara orang menjerit meminta tolong.

Sheila Putri terus menghubungi polis meminta bantuan dan sebaik polis membuka pintu bilik air itu, enam daripada mangsa ditemui telah meninggal dunia.


Lima lagi dikejarkan ke hospital kerana telah lemah serta mengalami luka melecet akibat terpaksa berhimpit dalam bilik air itu.

Katanya, mereka yang maut itu ialah tuan rumah yang juga seorang arkitek yang dikenali sebagai Dodi Triono, 59; dua anak perempuannya Diona Arika Andra Putri, 16; dan Dianita Gemma Dzalfayla, 9; dua pemandunya berumur 40-an; dan seorang lelaki dipercayai anak kepada seorang teman Dodi.

Mereka yang cedera dan dimasukkan ke hospital ialah seorang wanita dikenali sebagai Emi berumur 41 tahun, seorang lagi anak perempuan Dodi bernama Zanette Kalila Aazaria, 13, dan tiga pembantu rumahnya Fitriyanim, Windy dan Santi berumur antara 22 dan 23 tahun.

Polis setakat ini belum mengesahkan barangan yang telah dirompak dan masih meneruskan siasatan serta mengumpul beberapa bahan bukti. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori