• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Lelaki Didakwa Bunuh Seorang Lelaki Warga India

oleh Ahmad Albab
09/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga India pada 27 Nov lepas.

S. Kumaravelan, 22; P. Tanabalan, 42; dan R. Kamaraj, 26; didakwa membunuh M. Selvam, 39; di hadapan rumah kosong di Taman Bandar Seremban Selatan, Senawang, di sini antara 3.30 petang dan 8 malam, 27 Nov lepas.

Kesemua tertuduh hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rahimah Rahim.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Soo Kok Wing, manakala Kumaravelan dan Tanabalan diwakili peguam Patheeban dan Kamaraj diwakili peguam Paul Krishnaraja.

Mahkamah menetapkan 4 Jan ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: kes bunuhmahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd