Tuesday, May 14, 2024

Creating liberating content

Agong Kurnia Gelaran Tun...

PETALING JAYA - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan...

Kisah Benar ‘Atok’ Ayam...

SIAPA yang tidak mengenali Kolonel Harland David Sanders, pengasas restoran makanan segera Kentucky Fried...

Azizul Ammar Didakwa Hina...

SIBU – Bekas pengacara program televisyen didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas...

DBKL Angkut, Kompaun 22...

KUALA LUMPUR – Sebanyak 22 buah motosikal telah dialihkan ke Depoh Simpanan Tunda...

3 Kali Gugur, Jue Aziz Tetap Usaha Dapatkan Zuriat

PELAKON Jue Aziz atau nama sebenarnya Zuliana Aziz berdepan detik hitam dalam hidupnya apabila mengalami keguguran kali ketiga pada awal tahun ini.

Meskipun begitu, Jue dan suami tercint,a Bayu Pramana Putra Achmal tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan zuriat dari darah daging mereka sendiri.

Sebelum itu, Jue sudah pun memiliki seorang anak angkat iaitu Dawrish Naufal yang kini berusia 4 tahun.

3 Kali Gugur, Jue Tetap Usaha Dapatkan Zuriat

3 Kali Gugur, Jue Tetap Usaha Dapatkan Zuriat

Kata Jue kepada sebuah portal hiburan tempatan, dia redha dengan ketentuan Ilahi dan menyifatkan kejadian itu mempunyai hikmah di sebaliknya.

“Pada mulanya saya kecewa juga kerana sudah beberapa kali hamil, tetapi setiap kali trimester pertama berlaku keguguran.


“Mungkin juga salah saya ketika itu yang tidak cukup rehat dan terlalu penat bekerja.

“Namun nak buat macam mana mungkin belum rezeki kerana saya hanya dapat tahu saya hamil bila saya sudah keguguran.

“Bagaimanapun saya tak putus asa untuk mendapatkan zuriat saya sendiri bersama suami dan berserah pada rezeki daripadaNya,” katanya kepada Astro Gempak di sebuah majlis di ibu kota.

Perkembangan terbaru Jue, dia baru sahaja menamatkan penggambaran drama Rombongan Marhaban Sesat Jalan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori