MEXICO CITY – Sekurang-kurangnya 29 maut dan 70 lagi cedera dalam letupan di pinggir ibu negara Mexico, kata pegawai yang enggan dikenali ketika angka kematian dijangka meningkat.
Kejadian dahsyat itu berlaku di pasar mercun terbesar San Pablito di Tultepec, kira-kira 32 kilometer di utara Mexico City kira-kira pukul 2.50 petang Selasa (bersamaan 4.50 pagi waktu Malaysia).
Stesen televisyen tempatan menunjukkan letupan mercun yang berwarna-warni dalam semua arah dan asap tebal menjulang tinggi di atas kawasan pasar terkenal berkenaan.
“Kami sudah menemui puluhan mayat di lokasi kejadian dan ramai mangsa meninggal dunia akibat cedera parah di hospital,” kata Gabenor Estado de Mexico, Eruviel AvilaVillegas.
Polis persekutuan Mexico menerusi laman sosial Twitter mengicau bahawa 70 orang cedera manakala pihak bomba mengambil masa tiga jam mengawal kebakaran daripada merebak.
Saksi-saksi melaporkan mereka melihat ramai mangsa termasuk kanak-kanak bertempiran lari dalam keadaan tubuh masih terbakar untuk menyelamatkan diri. – Agensi/Mynewshub.cc

