Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Kesilapan Kerajaan PH Punca...

SHAH ALAM – Kerajaan harus menyiasat punca dan mengambil tindakan segera atau kedaulatan...

Saya Kekal Di Segamat,...

PUTRAJAYA - Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam akan mempertahankan kerusi Parlimen...

Ibu & Anak Azam...

PASANGAN ibu dan anak yang saling mencintai ini akan terus mempertahankan cinta terlarang...

Kerajaan Sedang Rangka Subsidi...

KUALA LUMPUR - Kerajaan ketika ini sedang mencari mekanisme terbaik untuk merangka subsidi...

2 Suspek Kes Penipuan Umrah Di Terengganu Direman

KUALA TERENGGANU – Polis hari ini mendapatkan perintah mahkamah untuk menahan reman dua suspek bagi membantu siasatan kes penipuan umrah melibatkan hampir 3,000 jemaah dan kerugian jutaan ringgit.

Perintah tahanan reman selama empat hari itu dikeluarkan Majistret Rozianti Mohamed.

Kedua-dua lelaki itu yang merupakan pengarah dan akauntan sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini tiba di mahkamah dengan diiringi polis dan berpakaian seragam lokap.

Akhbar sebelum ini melaporkan Yayasan Bakti Negeri Terenggau (YBNT)mengesahkan kenyataan berkaitan kegagalannya menguruskan kira-kira 2,000 jemaah menyertai pakej umrah disediakannya.


Bagaimanapun, YBNT menafikan pihaknya menipu 2,418 peserta yang sebahagiannya adalah guru untuk mengikuti Program Umrah anjuran yayasan itu.

Difahamkan, punca penangguhan dan pindaan tarikh penerbangan ke Tanah Suci seperti yang dirancang pada bulan ini kerana YBNT lewat menerima bajet. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori