• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zuraida Gambarkan Jamal Sebagai Pinnochio

oleh AK-47
14/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin menyifatkan insiden hidung berdarah yang menimpa Ketua Kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos, semalam adalah kerana sifatnya yang suka berbohong.

Beliau dalam satu kenyataan menyamakan Jamal seperti watak dalam cerita donggeng terkenal iaitu Pinnochio, mengisahkan anak patung yang memiliki hidung ajaib dan akan menjadi panjang setiap kali berbohong.

“Hidung Jamal semakin panjang setiap kali dia terlanggar sesuatu dan mula berdarah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian petang semalam, Ahli Parlimen Ampang itu bersama beberapa penyokongnya berada di pusat beli belah Ampang Point bagi mengedarkan risalah Bersih 5 sebelum kumpulan yang diketuai Jamal mengherdiknya.

Polis cuba meleraikan pergelutan dan suasana yang tegang apabila dua kumpulan tersebut bertembung.

Namun, Jamal mendakwa dia ditumbuk oleh pengikut Zuraida hingga menyebabkan hidungnya berdarah.

BACA INI: Sehari Lepas ‘Bersilat’, Hidung Jamal Berdarah Ditumbuk

Zuraida bagaimanapun mengingatkan Ketua Umno Sungai Besar itu bahawa membuat laporan palsu adalah perbuatan jenayah.

“Saya yakin polis akan mendakwa Jamal atas perbuatannya itu.

“OCPD Hamzah dan pasukannya sangat efisien melaksanakan tugas dan saya berterima kasih untuk itu,” katanya.

Beliau menerusi akaun Twitternya menjelaskan akan buat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang esok pagi berhubung insiden tersebut. -MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Jamal Md Yunos
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jamal Kena Dakwa Lagi

13/09/2018
0

SUNGAI BESAR - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini mengaku tidak bersalah terhadap dua...

Jamal Mohon Peguam Negara Gugur Kes

06/09/2018
0

PUTRAJAYA - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini menyerahkan surat rayuan kepada Peguam Negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd