• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zeise Sasar Tiga Mata Daripada Pertemuan Dengan Kemboja

oleh AK-47
22/11/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

YANGON – Tuan rumah bersama, Myanmar, hanya menyasarkan kemenangan apabila menentang Kemboja dalam perlawanan kedua Kumpulan B Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki di Stadium Thuwunna Stadium di sini, esok.

Ketua jurulatihnya, Gerd Zeise, berkata kemenangan itu penting bagi menghidupkan kembali harapan mereka untuk mara ke separuh akhir setelah tewas 1-2 kepada pasukan pilihan utama, Vietnam, dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B pada Sabtu lepas.

“Tidak kisahlah kalau kalah kepada Vietnam, tetapi jika ia berlaku pada perlawanan pertama, tentulah tidak bagus. Tumpuan saya sekarang ialah untuk menaikkan semangat dan mengembalikan keyakinan pemain,” kata jurulatih Jerman itu pada sidang berita praperlawanan hari ini.

Ziese, yang mula membimbing pasukan itu pada Oktober 2015, mengingatkan anak buahnya supaya lebih berwaspada dengan serangan balas Kemboja diketuai Chan Vathanaka, yang menjaringkan dua gol ketika kalah 2-3 kepada Malaysia dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B Sabtu lepas.

Sementara itu, ketua jurulatih Kemboja, Lee Tae Hoon, berkata pasukannya tetap dianggap pasukan bukan pilihan pada perlawanan itu nanti, walaupun beraksi cemerlang ketika menentang Malaysia.

“Perlawanan esok merupakan suatu cabaran bagi kami. Myanmar sudah membuat cukup persiapan dan pemain mereka menunjukkan kesabaran tinggi..namun, pemain saya akan beri tentangan sengit nanti.

“Kami akan bermain habis-habisan esok. Kemboja akan masuk bermain dengan penuh yakin,” kata jurulatih dari Korea Selatan itu.

Sentimen Lee dikongsi Vathanaka, yang menggesa rakan sepasukannya supaya bermain bermati-matian dalam perlawnan esok.

“Ia sangat penting kerana kami mempunyai peluang baik untuk mencapai sesuatu daripadanya. Kami akan berusaha secara habis-habisan untuk mendapatkan hasil positif,” katanya. – BERNAMA

Tags: Gerd ZeisePiala AFF 2016
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harimau Malaya Berjaya Benam Myanmar 3-0

24/11/2018
0

TAHNIAH... Skuad Harimau Malaya berjaya lunas dendam terhadap Myanmar dengan raih menang 3-0 pada aksi terakhir Kumpulan A malam ini,...

FAM Sambut Baik Keputusan Kabinet Mengenai Piala AFF

25/11/2016
0

YANGON - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyambut baik keputusan Kabinet membenarkan skuad Harimau Malaysia meneruskan aksi pada Piala AFF...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd