• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wi-fi Percuma Kerajaan P.Pinang Gagal Beri Manfaat

oleh Ahmad Albab
18/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan DAP Pulau Pinang diminta meneliti semula inisiatif perkhidmatan jalur lebar wi-fi secara percuma kerana dikatakan tidak membawa manfaat khususnya kepada penduduk di kawasan yang diwakili Barisan Nasional (BN).

Shariful Azhar Othman (BN-Bertam) berkata perkhidmatan wi-fi percuma merupakan satu inisiatif yang baik tetapi ia tidak dilaksana secara terancang untuk memberi manfaat kepada semua penduduk di negeri ini.

Beliau berkata terdapat 1,560 hotspot wi-fi di seluruh negeri tetapi hanya 10 hotspot di kawasan Bertam, Kepala Batas dan ia diletakkan di lokasi yang tidak strategik serta bukan di tempat-tempat tumpuan penduduk berkumpul.

“Perkhidmatan wi-fi ini sepatutnya diletakkan di kawasan tumpuan penduduk seperti hospital, perpustakaan awam, taman-taman rekreasi dan dewan orang ramai, bukannya diletakkan secara suka hati sahaja.

“Mana ada (orang letak) hotspot untuk wi-fi percuma di kedai kasut, kedai cermin mata, kedai elektrik dan kedai basikal,” katanya ketika membahaskan Bajet 2017 Pulau Pinang pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata perkhidmatan wi-fi percuma sepatutnya memberi manfaat kepada rakyat dan bukan hanya tertumpu kepada golongan tertentu.

“Adakah pemilihan hotspot wi-fi percuma ini dibuat atas suka-suka dan bukan secara terancang,” katanya.

Menyuarakan nada yang sama, Dr Norlela Ariffin (PKR-Penanti) ketika mencelah perbahasan itu berkata beliau tidak mengetahui di mana letaknya hotspot wi-fi percuma di kawasannya.

“Saya ingin meminta kerajaan negeri supaya cuba letakkan hotspot ini di tempat-tempat yang bersesuaian supaya semua lapisan masyarakat dapat menikmatinya,” katanya.

Selain Bertam, Shariful Azhar berkata masalah yang sama turut dialami di kawasan-kawasan BN lain seperti Penaga dan Pinang Tunggal apabila hotspot untuk perkhidmatan wi-fi percuma itu dipasang di lokasi-lokasi yang tidak strategik.

“Kerajaan negeri harus mengeluarkan senarai kawasan-kawasan yang mempunyai perkhidmatan wi-fi percuma untuk pengetahuan rakyat supaya semua lapisan masyarakat dapat menikmati perkhidmatan ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: WiFi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anggota GAUM Sertai Perhimpunan Anti-Bersih Esok

Next Post

Tiga Lelaki Samun 29 Telefon Bimbit Bernilai RM20,000

Related Posts

Hadkan Waktu Operasi Johor WiFi Elak Remaja Lepak

04/12/2017
0

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan negeri Johor kini mengambil langkah menghadkan waktu operasi Johor Wifi mulai 6 pagi hingga 12 malam...

Kemudahan Wifi Galak Perkembangan Ekonomi Digital

20/10/2017
0

KOTA KINABALU - Kemudahan jalur lebar tanpa wayar atau Wifi secara percuma di sini dapat menggalakkan perkembangan ekonomi digital Sabah...

Next Post

Tiga Lelaki Samun 29 Telefon Bimbit Bernilai RM20,000

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd