• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Indonesia Maut Dipijak Gajah Di Tawau

oleh
20/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Seorang lelaki warga Indonesia maut akibat dipijak seekor gajah di kawasan ladang perkayuan Dumpas, dekat sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus yang mengesahkan perkara itu berkata mangsa, 48, pekerja ladang di kawasan itu, mati akibat cedera parah di kepala akibat dipijak gajah liar berkenaan.

“Satu panggilan telefon diterima kira-kira 3.22 petang memaklumkan bahawa ada mangsa mati diserang oleh gajah liar di kawasan ladang perkayuan Dumpas dekat sempadan dengan kawasan Bombalai menghala ke Kalabakan,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat.

Ini merupakan kejadian kedua gajah menyerang orang awam pada bulan ini.

Pada 9 Nov lalu, sekitar pukul 6.15 pagi dilaporkan sepasang suami isteri warga Indonesia diserang seekor gajah liar yang tiba-tiba mengamuk di kawasan ladang perkayuan Brumas dekat Tawau.

Kedua-dua mangsa yang merupakan pekerja ladang itu dikenali sebagai Santoko Satria, 44, mengalami cedera ringan manakala isterinya Susi Sudirman, 36, cedera parah di bahagian badan, tulang rusuk serta muka selepas dipijak gajah itu. – BERNAMA

Tags: Dipijak Gajah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Maut Dipijak Gajah Di Mersing

29/10/2019
0

MERSING - Seorang lelaki maut dipercayai akibat diserang dan dipijak gajah di Mersing, malam tadi. Ketua Polis Mersing, Superintendan Cyril...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd