• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wakil Rakyat DAP Tegur Azmin Isu Air Di Selangor

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerima tamparan hebat akibat ditegur oleh wakil rakyat daripada parti sekutunya sendiri DAP dalam isu bekalan air bersih di Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran daripada DAP menegaskan isu tersebut yang sangat menyusahkan rakyat Selangor itu antara lain berlaku disebabkan kekerapan insiden paip bocor.

Justeru, beliau menggesa supaya Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi perhatian yang lebih kepada usaha menggantikan paip-paip air di Selangor untuk mengatasi permasalah tersebut.

“Dalam perbahasan Bajet Selangor 2017, saya memberi tumpuan kepada penggantian paip. Mohamed Azmin telah mencadangkan RM100.6 juta bagi tujuan projek-projek penggantian paip.

“Bagaimanapun saya harap kerajaan Selangor memberi sasaran yang lebih tinggi kerana setiap tahun terdapat antara 5,000 hingga 6,000 kejadian paip pecah di Selangor dengan purata sekitar 100 kes seminggu. Setiap kejadian paip pecah menyebabkan kesusahan yang besar kepada isi rumah dan perniagaan yang terjejas,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rajiv Rishyakaran menegaskan, masalah gangguan bekalan air di Selangor yang menyusahkan rakyat merupakan satu keadaan yang tidak sepatutnya berlaku di negeri maju seperti Selangor.

Kerajaan Selangor waktu ini ditadbir oleh gabungan parti pembangkang melibatkan PKR, DAP dan PAS yang telah lumpuh pada tahun lalu.

PAS telah disingkirkan oleh DAP dan PKR daripada gabungan parti pembangkang tetapi Mohamed Azmin membuat keputusan mengekalkan wakil PAS dalam kerajaan Selangor bagi menyelamatkan kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Pendirian Mohamed Azmin itu bagaimanapun menimbulkan konflik senyap diantara DAP dan PKR kerana DAP Selangor sebelum ini mahu kerusi PAS dalam kerajaan negeri diserahkan kepada wakil Parti Amanah Negara (PAN). – Mynewshub.cc

Tags: Azmin AliDAP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd