• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wajah Yuna Hiasi Billboard Di Times Square, New York

oleh AK-47
24/11/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KARIER seni penyanyi terkenal, Yuna sekali lagi terlakar sejarah indah apabila dipilih untuk menghiasi papan iklan elektronik di Times Square, New York,  sejak Selasa.

Berita gembira itu dikongsi oleh Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 30, menerusi laman Twitternya.

yunahiasai-transformed

Gadis kelahiran Kedah ini dipilih menghiasi skrin gergasi di Times Square selepas diangkat sebagai artis pilihan bulanan Pasaran Saham Nasdaq.

Untuk makluman, Times Square merupakan lokasi tumpuan ramai termasuk para pelancong sekiranya berkunjung ke kota terkenal itu.

“Sebelum ini, wajah kumpulan The Chainsmokers menjadi wajah pilihan untuk papan iklan berkenaan. Saya pula diundang untuk sesi fotografi oleh Nasdaq baru-baru ini dan hanya gambar yang dipaparkan di skrin terbabit, bukan video.

“Apapun, saya bersyukur kerana bakat saya diterima baik di sana walaupun baharu lima tahun mencuba nasib di negara itu,” katanya  kepada BH Online.

Wajah Yuna Hiasi Billboard Di Times Square, New York
Yuna

Dalam pada itu, penyanyi  yang kini bertapak di Amerika Syarikat ini akui rezekinya  semakin bertambah di arena muzik.

Malah, Yuna yang terkenal dengan lagu Crush, berduet  bersama bintang tersohor, Usher, akui tidak risau dengan sentimen perkauman yang berlaku di negara itu selepas kemenangan Donald Trump.

“Pada mulanya saya agak takut juga ketika musim pilihan raya berlangsung, tetapi saya buat seperti biasa saja. Malah, saya pernah dicubit ketika berjalan-jalan di New York. Mungkin ia tindakan orang kurang siuman walaupun dia juga ada bercakap pasal perkauman.

“Alhamdulillah, hingga kini tiada perkara serius yang berlaku seperti apa yang dilaporkan di media sosial. Saya masih boleh bebas berjalan seperti biasa, cuma, ketika persembahan jelajah Eropah, kawalan keselamatan diperketatkan,” katanya yang tidak berhasrat mengambil pengawal peribadi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: penyanyiselebritiyuna
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mark Adam Tonton Filem P. Ramlee Asah Bakat Berlakon

Next Post

Guna Model Ekonomi China Hidupkan Kawasan Chuping

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

Next Post

Guna Model Ekonomi China Hidupkan Kawasan Chuping

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd