• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Toll Gate Girl Rasis Gelar Pemandu Teksi ‘Paria’

oleh AK-47
30/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH video yang menunjukkan seorang pekerja tol mengeluarkan kata-kata kesat berbaur perkauman terhadap seorang pemandu teksi lelaki telah mencetuskan sensasi di laman sosial.

Pekerja tol tersebut, seorang wanita yang dipercayai bernama Zatul, dikatakan telah menggelar pemandu teksi berkenaan sebagai ‘paria’ selepas lelaki itu menegurnya bahawa Zatul telah tersilap mengenakan caj bagi kenderaan Kelas 1 apabila teksi sebenarnya dikategorikan dalam Kelas 4.

Terhina dengan gelaran itu, pemandu teksi bernama Ravi Chandran itu mengambil keputusan untuk ‘menegakkan keadilan’ dengan mencetuskan kekecohan sambil merakam keseluruhan episod tersebut menggunakan telefon bimbitnya.

“Mana boleh cakap ‘paria’,” kata Ravi kepada wanita tersebut yang bertugas di pelabuhan tol Sungai Nyior.

Kejadian yang dikatakan berlaku pada pukul 9.15 pagi semalam itu telah dimuatnaik di dalam akaun Facebook milik DJ Nesh dan telah ditonton sebanyak 7,3113 kali setakat ini.

Video: Toll Gate Girl Rasis Gelar Pemandu Teksi 'Paria' Viral
Pengawal keselamatan bernama Ucop ini turut bertindak kurang profesional terhadap Ravi.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila Ravi hilang sabar oleh kerana sikap Zatul dan pengawal keselamatan bernama Ucop yang kurang profesional.

“Saya tak marah bila dia tersalah caj. Dia tidak terlepas pandang dan saya beritahu supaya dia lebih berhati-hati. Sekarang apabila dia sudah pun mengaku salah, saya patut terima baki saya kan?” terang Ravi kepada penyelia yang dipanggil untuk menyelesaikan pergaduhan itu.

“Tapi, dia dengan nada kurang ajar telah mengusir saya kerana saya sudah bayar. Ini tidak boleh diterima kerana 80 sen bukanlah senang untuk diperoleh,” jelas Ravi lagi sebelum memberitahu bahawa Zatul telah menghinanya dengan gelaran rasis.

Mujurlah penyelia wanita itu faham mengapa Ravi bertindak sedemikian–dia bersetuju bahawa pemungut tol itu tidak sepatutnya menggelar lelaki itu ‘paria’ dan memberi amaran agar wanita itu lebih berhati-hati semasa bertugas.

“Kita ada budi bahasa– jangan sesuka hati panggil orang ‘paria’,” tegas Ravi sambil merungut bahawa pengawal keselamatan bernama Ucop itu juga berkelakuan kurang sopan.

Walaupun penyelia tol itu telah memohon maaf dan memulangkan baki kepada Ravi, lelaki berbangsa India itu mengatakan bahawa itu bukanlah kali pertama dia menghadapi situasi seperti itu.

“Nasihat saya kepada semua pekerja plaza tol agar tidak menggunakan telefon bimbit semasa bekerja dan belajar menghormati semua pelanggan tanpa mengira bangsa.”

Sementara itu, rata-rata netizen menyuarakan pendapat bahawa kejadian seperti itu tidak seharusnya berlaku dalam negara kita yang berbilang bangsa ini.

“Tak hairanlah mengapa tol di Lembah Klang hanya menggunakan Touch ‘n Go dan Smart Tag…supaya pelanggan tak perlu menghadap semua ni,” kata seorang netizen.

Kata seorang lagi: “Tidak berpelajaran…Patut ajarkan dia. Tak ada otak!” manakala ada seorang pengguna laman sosial yang bertanya, “Adakah ini semangat 1Malaysia?” – MYNEWSHUB.CC

Tags: isu rasispemandu teksiplaza tol
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tun M Kepanasan ‘Lari’ Ke Tunisia Ketika PAU 2016

Next Post

Khairy Beri Bayangan Azwan Bro Sebagai Penggantinya

Related Posts

Pemandu Teksi, Bas Sekolah Nikmati Caruman PERKESO Bermula Mac

Pemandu Teksi, Bas Sekolah Nikmati Caruman PERKESO Bermula Mac

23/02/2024
0

PUTRAJAYA - Bermula bulan depan, seramai 35,000 pemandu teksi dan 18,000 pemandu bas sekolah dalam negara bakal menikmati caruman Pertubuhan...

Anwar Arah Menteri Pendidikan Siasat Isu Buli, Rasis Di Sekolah

Anwar Arah Menteri Pendidikan Siasat Isu Buli, Rasis Di Sekolah

11/12/2022
0

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengarahkan Kementerian Pendidikan menyiasat isu buli dan rasis melibatkan seorang...

Next Post

Khairy Beri Bayangan Azwan Bro Sebagai Penggantinya

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd