Monday, January 13, 2025

Creating liberating content

‘Kemuka Bukti Sokongan Bentuk...

KUALA LUMPUR: Parti politik yang memenangi jumlah kerusi mencukupi pada Pilihan Raya Umum...

Penguat Kuasa Pantau Acara...

MELAKA - Kerajaan Negeri Melaka akan menempatkan pegawai penguat kuasa bagi menghalang umat...

Kanak-Kanak Hidap Kanser Teringin...

Pengorbanan insan bergelar ibu bapa sememangnya tiada tolok bandingan.Lagi pula, ibu bapa manalah...

RM6 Juta Dibelanja Untuk...

IPOH - Kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak RM6 juta bagi menganjurkan Dialog Pangkor...

Video: Jamal Pula Rakam Dirinya Kebal Dipukul Kayu

TIDAK serik dengan kritikan yang diterima sebelum ini, kumpulan Baju Merah kembali mencetuskan kontroversi apabila sekali lagi memaparkan ‘kekebalan’ mereka dalam sebuah video baharu yang mula tersebar.

Kali ini, ibarat ketam mengajar anaknya berjalan betul, ketuanya sendiri tampil merakam aksi dirinya dipukul dengan kayu.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik KL Xpress, Datuk Jamal Yunos dilihat berdiri ‘gagah’ sambil tersenyum biarpun dipukul sebanyak dua kali di belakang badannya.

Lihatlah betapa kebalnya Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar ini sehinggakan dua batang kayu dihalakan ke arahnya turut patah.

Kami kerap menyaksikan acara persembahan silat sewaktu di bangku sekolah dahulu, setakat pecahkan batu atas perut, pecahkan batu bata guna tapak tangan dan lain-lain itu merupakan perkara biasa dalam seni persembahan.


Hanya memerlukan pengetahuan fizik asas dan sedikit latihan, kita boleh lakukan perkara seperti itu tanpa mencederakan diri.

Jadi apakah sebenarnya niat Jamal dan kumpulan Baju Merah ini? Adakah mereka ingin menjadi pelakon tambahan di dalam watak persembahan di pentas sarkis?

Terdahulu, Tunku Mahkota Johor, (TMJ) muncul dalam sebuah video parodi menunjukkan baginda seolah-olah ‘menembak’ ke arah sekumpulan pemuda berbaju merah yang membuat pertunjukan silat.  – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori