Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Anwar Nafi Dakwaan Yusoff...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan seorang...

Pasangan Kekasih Ditahan, Beri...

Iskandar Puteri: Sepasang kekasih ditahan polis selepas disyaki memberikan dadah kepada bayi lelaki...

Raja Arab Saudi, Raja...

SEPANG - Malaysia hari ini membentangkan permaidani merah bagi menyambut ketibaan Raja Salman...

Mangsa Kebakaran Di Pokok...

ALOR SETAR – Enam keluarga mangsa daripada 10 rumah kedai yang musnah dalam...

Video: Bayi Lelaki Masih Bertali Pusat Ditemui Di Ipoh

IPOH – Sepasang suami isteri tidak menyangka bunyi teriakan halus yang kedengaran dari arah dapur rumah membawa kepada penemuan bayi lelaki yang masih bertali pusat.

Bayi yang baru dilahirkan itu ditemui dalam keadaan tidak berpakaian di kawasan semak lorong belakang rumah pasangan berkenaan di Taman Perpaduan, di sini, jam 12.30 pagi tadi.

Menurut pasangan itu, tubuh si kecil itu dikatakan masih dalam keadaan berdarah dan kedua belah matanya masih tertutup rapat.


Bayi Lelaki Masih Bertali Pusat Ditemui Di Ipoh oleh mynewshub

Berikutan penemuan yang tidak disangka-sangkakan itu, pasangan berkenaan terus membawi bayi itu masuk ke dalam rumah dan kemudian memandikan bayi itu dengan air suam.

Video: Bayi Lelaki Masih Bertali Pusat Ditemui Di Ipoh

Video: Bayi Lelaki Masih Bertali Pusat Ditemui Di Ipoh


Bayi berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Tambun sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chan Keong yang memetik laporan Berita Harian mengesahkan penemuan bayi berkenaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu tampil memberikan maklumat dengan menghubungi pihak polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori