Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak 1 Tahun Mati...

KULAI - Seorang kanak-kanak berusia setahun meninggal dunia dipercayai lemas di dalam kereta...

Majikan Disaran Sedia Ruang...

KUALA LUMPUR - Majikan khususnya di sektor perkilangan dan perindustrian disaran mewujudkan lebih...

Cerita Sebenar Di Sebalik...

Sejak kelmarin, sebuah video memaparkan seorang lelaki dipaksa masuk ke dalam kereta dipercayai...

Anak Sosilawati Dapatkan Kebenaran...

KUALA LUMPUR - Lima anak jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang mati dibunuh...

V Shem & Wee Kiong Kini Bergelar Beregu No 1 Dunia

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara Goh V Shem dan Tan Wee Kiong kini bergelar beregu nombor satu dunia menurut ranking yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.

BWF yang mengemas kini ranking dunia terbaru itu menunjukkan V Shem dan Wee Kiong mengumpul 71,297 mata diikuti gandingan Chai Biao dan Hong Wei dari China di kedudukan kedua dengan 70,220 dan beregu Denmark di tempat ketiga Mathias Boe/Carsten Mogensen (67,534).

Selepas meraih pingat perak Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong muncul juara Terbuka Denmark pada 24 Oktober lepas.

Menurut laman sesawang www.bwfbadminton.org, jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei masih kekal di kedudukan pertama dunia dengan 93,503 mata manakala beregu campuran negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying di tangga keempat dunia dengan 67,060 mata. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori