• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ustaz Kazim Tolak Ceramah Kerana Faktor Kesihatan

oleh Ahmad Albab
25/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT GANTANG – Pendakwah bebas terkenal Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias tidak akan menerima sebarang jemputan ceramah sepanjang Januari tahun depan untuk berehat kerana masalah kesihatan.

“Saya akan menghabiskan kontrak (sedia ada) dengan syarikat televisyen dan jadual ceramah yang telah disusun sehingga akhir Disember tahun ini,” katanya dalam ceramah perdana di Padang Awam Taman Kaya di sini malam Rabu.

Ceramah itu diadakan sempena Program Pemukiman Menteri Besar Perak bagi Parlimen Bukit Gantang dan Taiping yang bermula semalam sehingga Sabtu ini.

Lebih mesra disapa sebagai Ustaz Kazim, katanya selain ceramah jemputan, beliau turut mengadakan ceramah pada Sabtu dan Ahad di Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi.

“Saya berjumpa antara 200,000 hingga 350,000 orang ramai dalam sebulan menerusi ceramah yang diadakan.

“Kalau saya berehat saya berbangga kerana berjaya mendidik anak murid khatam 30 juzuk al-Quran dan melahirkan ramai pendakwah,” katanya yang menjadi penceramah sejak 25 tahun lalu.

Awal bulan ini Ustaz Kazim dimasukkan ke sebuah hospital swasta di sini kerana ulser dan pendarahan usus. – BERNAMA

Tags: Ceramah Agamaustaz kazim elias
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sihir: Individu Mohon Maaf Dengan Ustaz Kazim

21/05/2022
0

KUALA KANGSAR : Penceramah bebas, Datuk Kazim Elias berkata, seorang individu pernah datang dan memohon maaf kepadanya ketika beliau menghidap...

Ustaz Kazim Masuk Hospital

11/05/2020
0

IPOH - Pendakwah bebas terkenal, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias dirujuk ke sebuah hospital swasta di sini malam tadi akibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd