• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usaha Budayakan Perpaduan Bukan Agenda Bermusim

oleh
20/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Usaha ke arah membudayakan perpaduan dalam hidup bermasyarakat bukan suatu agenda jangka pendek dan dapat dilaksanakan secara bermusim, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata sebaliknya, ia perlu disemai dan diamalkan dengan penuh kesedaran dan keikhlasan pada setiap masa termasuklah dalam institusi sosial, sistem pendidikan, media massa dan masyarakat.

“Rakyat di negeri ini juga jangan terpengaruh dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang cuba untuk menggugat kemajuan, kemakmuran dan keharmonian yang kita nikmati selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan perasmian program Karnival Demi Negara, yang dibacakan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan di sini hari ini.

Musa berkata program seperti Karnival Demi Negara itu membantu kerajaan negeri untuk meningkatkan keselamatan dan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.

Katanya program anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) itu juga dapat menyumbang ke arah memelihara dan mengukuhkan lagi perpaduan, keamanan serta keharmonian rakyat di peringkat akar umbi.

“Sebab itu pelaksanaan karnival ini di seluruh daerah Sabah penting sebagai langkah awal membendung sebarang ancaman keselamatan,” katanya.

“Dalam konteks ini, rakyat berbilang kaum, agama dan budaya memainkan peranan penting memupuk semangat perpaduan dan keharmonian sesama kita dan menerusi semangat yang kukuh, sudah tentu nikmat keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran akan terus terpelihara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Musa AmanPerpaduan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ekonomi Johor Paling Pesat Sebab Kerajaan BN Johor, Onn Hafiz Tidak Terikat Parti Lain – KJ

Ekonomi Johor Paling Pesat Sebab Kerajaan BN Johor, Onn Hafiz Tidak Terikat Parti Lain – KJ

03/07/2026
0

PONTIAN - Johor mencatatkan pertumbuhan ekonomi lapan peratus iaitu yang paling pesat di Malaysia kerana negeri ini ditadbir sepenuhnya oleh...

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

13/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See berpandangan Johor yang mencatatkan prestasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd