Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Angka Korban Kebakaran Di...

DHAKA - Sekurang-kurangnya 70 terbunuh manakala 50 yang lain dipercayai cedera dalam insiden...

Buku Masih Relevan Sebagai...

KUALA LUMPUR - Buku sebagai bahan rujukan utama adalah masih relevan biarpun berhadapan...

Yuna Raikan Hari Jadi...

PETALING JAYA - Penyanyi Yuna berkongsi kegembiraan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-28...

Digelar Ibu Anak Derhaka,...

KECOH apabila ibu kepada juara program Akademi Fantasia, Sufi Rashid iaitu Irma Suriani dikatakan...

Tun M Sering Ubah Taktik Politik Demi Matlamat Peribadi

IPOH – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat sering mengubah taktik dalam berpolitik demi mencapai kepentingan dan agenda politik peribadinya semata-mata.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata Mahathir juga dilihat tidak mempunyai matlamat dan hala tuju yang jelas dalam perjuangan politiknya.

“Jika dahulu dia tidak suka perhimpunan haram tetapi sekarang okay kerana sokongan itu kononnya dapat menyumbang kepada kekuatan politiknya.

“Dia (Mahathir) tidak ada aturan kerana apa yang penting bagi dia asalkan dia boleh ‘menang’ dalam politik,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Bengkel Penyediaan Modul Pengurusan Padi Pertubuhan Peladang 2016 di sini, malam tadi.


Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata Mahathir sanggup menggadaikan prinsipnya sendiri apabila bersekongkol dengan DAP. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori