• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tumpas Di Tangan Pelanggan, Perompak Lari Lintang-Pukang

oleh AK-47
10/11/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAKAMAN kamera liter tertutup (CCTV) berjaya merakam kelibat seorang lelaki cuba melakukan rompakan di sebuah stesen minyak di Midland, Texas, Amerika Syarikat.

Menerusi klip video itu, kejadian tersebut berlaku pada 24 Oktober lalu pada pukul 11.20 malam.

Rakaman berdurasi 3 minit 28 saat itu memaparkan seorang lelaki yang memakai baju sejuk ber-hoody mundar- mandir di perkarangan stesen minyak berkenaan sebelum memasuki kedai serbaneka yang terdapat di situ.

Tumpas Di Tangan Pelanggan, Perompak Lari Lintang-Pukang

Menurut sebuah laman antarabangsa, suspek yang bersenjatakan senapang berlegar-legar di dalam premis berkenaan dan menggeledah beberapa bilik yang terdapat di situ mencari mangsa untuk dijadikan sebagai tahanan.

Malangnya, kedai serbaneka di stesen minyak itu kosong, tidak berpenghuni sehinggalah seorang pelanggan lelaki muncul.

Suspek dilihat menghampiri pelanggan lelaki tersebut yang memakai baju T berwarna hitam dan seluar paras lutut sebelum mengacukan senapang ke arahnya.

Tumpas Di Tangan Pelanggan, Perompak Lari Lintang-Pukang

Bagaimanapun, tindakan perompak itu yang cuba untuk melarikan diri tidak berjaya apabila dihalang oleh pelanggan lelaki berkenaan yang bertindak menerkamnya sehingga tersungkur.

Kedua-dua lelaki berkenaan dilihat bergelut di hadapan pintu masuk kedai serbaneka itu sebelum suspek dirakam lari lintang-pukang oleh CCTV yang berada di luar premis tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kedai serbanekaperompakstesen minyak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerani Wanita Pecah Amanah Lebih RM300,000

Next Post

Presiden Filipina Duterte Diberikan Sambutan Rasmi

Related Posts

‘Jit Jit Penghibur Kami’

‘Jit Jit Penghibur Kami’

19/10/2024
1

Johor Bahru: Seekor kucing dinamakan 'Jit Jit' bukan saja menjadi kesayangan pekerja sebuah stesen minyak di Taman Molek, di sini,...

Wanita Cetus Kekecohan Di Stesen Minyak Ditahan

Wanita Cetus Kekecohan Di Stesen Minyak Ditahan

19/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Wanita yang menimbulkan kekecohan di sebuah stesen minyak di Hillpark Saujana Utama, Sungai Buloh seperti dalam rakaman video...

Next Post

Presiden Filipina Duterte Diberikan Sambutan Rasmi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd