• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerani Wanita Pecah Amanah Lebih RM300,000

oleh
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Polis menahan seorang kerani sebuah syarikat perladangan kelapa sawit semalam kerana disyaki melakukan pecah amanah melibatkan jumlah RM312,840.

Ketua Polis Miri, ACP Khoo Leng Huat berkata, suspek wanita berusia 38 tahun itu ditahan di rumahnya di Permyjaya di sini pada pukul 8.30 malam selepas menerima aduan daripada pengurus syarikat itu pada 12 tengah hari.

“Suspek telah menggunakan wang sepatutnya digunakan untuk membayar levi atau permit pekerja asing kepada Jabatan Imigresen untuk kepentingan diri sendiri,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Katanya kegiatan kerani itu disedari oleh pengurus syarikat selepas mendapati 390 pasport pekerja asing tiada dalam peti besi pejabat serta mengesyaki wanita berkenaan tidak membuat pembayaran levi seperti diarahkan.

Beliau berkata suspek kini ditahan reman selama empat hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Khoo berkata suspek yang bekerja dengan syarikat itu selama sembilan tahun tidak datang bekerja sejak 1 November lepas tanpa sebarang alasan dan perbuatan membawa keluar pasport dari peti besi itu dikesan melalui rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV).

Beliau berkata semasa tangkapan dibuat, polis turut merampas 278 pasport Indonesia, dua buah buku akaun Bank CIMB, buku akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB), sekeping kad ATM CIMB dan sekeping borang deposit wang Maybank.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara maksima 14 tahun,rotan dan denda jika disabitkan kesalahan,” katanya lagi.

Beliau berkata bayaran levi yang dikenakan untuk pekerja asing ialah RM790 bagi tempoh setahun dan polis kini menyiasat baki pasport yang telah dibawa keluar suspek serta jumlah sebenar wang yang telah ambil suspek. – BERNAMA

Tags: mahkamahpecah amanah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd