• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Seru Tingkatkan Kualiti Pengurusan Kehilangan Upaya

oleh AK-47
23/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri mahu semua agensi mengadakan usaha penyelarasan lebih baik bagi meningkatkan kualiti pengurusan kehilangan upaya untuk golongan pekerja yang menghadapi masalah itu di negara ini.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun Malaysia sudah mempunyai jaringan keselamatan yang luas dan komprehensif yang disediakan pelbagai agensi dan pertubuhan, semua kemudahan untuk keperluan mereka yang kurang upaya perlu diselaraskan.

“Mungkin, apa yang diperlukan ialah sebuah jendela tunggal perkhidmatan yang menghubungkan semua kemudahan yang ada,” katanya semasa berucap merasmikan forum antarabangsa mengenai Pengurusan Kehilangan Upaya 2016 di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Kira-kira 1,500 delegasi dari Eropah, Australia, Amerika Syarikat, Afrika dan Asia nmenghadiri forum tiga hari yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Ahmad Zahid berkata beliau menugaskan Perkeso, yang telah mencapai kejayaan membanggakan dalam pengurusan kehilangan upaya sejak 10 tahun lepas, untuk menerajui dan memudahkan pelbagai agensi dan kementerian.

“Kejayaan cadangan ini boleh dikongsi semua negara, selepas semua pemindahan pengetahuan yang selama ini telahpun dilakukan oleh Perkeso. Negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan yang berada di dalam benua Afrika telah mendapat manfaat daripadanya.

“Saya yakin Perkeso akan meneruskan usaha ini dan mengkaji tentang penubuhan Pusat Kecemerlangan yang didedikasikan Untuk Pemulihan dan Pencegahan dan bagi melahirkan dan mengintegrasikan lebih banyak perkhidmatan pemulihan di negara berkenaan, sama dengan Pusat Pemulihan Perkeso yang terkini di Melaka,” katanya.

Ahmad Zahid berkata Malaysia juga akan mendapat manfaat dengan mewujudkan pelbagai perkongsian strategik dan kerjasama dua hala dengan universiti-universiti terkemuka dan pengamal pengurusan kehilangan upaya di seluruh dunia melalui penyelidikan dan pembangunan, pemindahan pengetahuan dan inovasi. – BERNAMA

Tags: tpm
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd