• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Tun M Sertai Bersih Rendahkan Martabatnya

oleh Ahmad Albab
20/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad menyertai perhimpunan haram Bersih 5 semalam telah merendahkan maruah dan martabat bekas perdana menteri itu sebagai pemimpin ulung negara.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata semasa menjadi perdana menteri, Dr. Mahathir menggunakan pelbagai kaedah untuk menghalang penganjuran sebarang perhimpunan anti-kerajaan.

“Tun M (Mahathir) gunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan ahli politik yang menentang kerajaan beliau.

“Kini Tun sertai perhimpunan haram, perkara yang beliau larang ketika beliau berkuasa, bila ada kuasa cakap lain, bila tiada kuasa cakap lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival ‘Jom Kembali Ke Sekolah’ di sini hari ini.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata Dr. Mahathir menggunakan perhimpunan Bersih sebagai platform untuk menjatuhkan kepimpinan Barisan Nasional.

“Tahniah Dr. Mahathir kerana berjaya jadikan Bersih sebagai kuda tunggangan platform politiknya dan saya melihat, semua pemimpin pembangkang dipermainkan secara keseluruhan oleh Dr. Mahathir.

“Mungkin seni politik Dr. Mahathir lebih canggih daripada pemimpin pembangkang yang secara tidak sedar, dan semua peserta Bersih yang selama ini menentang beliau telah dimainkan hidup-hidup oleh Dr. Mahathir semalam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Anak Muda Bandar 2016, di Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, di KELANTAN, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata rakyat sudah bosan dan hilang kepercayaan terhadap kumpulan Bersih yang kononnya memperjuangkan isu berkaitan rakyat, sebaliknya ia lebih kepada kepentingan politik pihak tertentu.

Beliau turut mencabar pemimpin Bersih bertanding pada pilihan raya sekiranya mahu berjuang membela nasib rakyat.

Nur Jazlan berkata polis sedang menyiasat perhimpunan tersebut dan tidak menolak kemungkinan tindakan boleh dikenakan terhadap Dr. Mahathir jika perbuatannya melampaui batas undang-undang.

“Kita hormat Tun Dr. Mahathir sebagai pemimpin negara tetapi kalau (tindakannya) melampaui batas (undang-undang), saya tidak menolak kemungkinan akan diambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Rantau Panjang, Pasir Mas, hari ini. – BERNAMA

Tags: BersihMahathir MohamadNoh Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bersih Sudah Seperti Keluarga Sendiri, Kata Fahmi

Bersih Sudah Seperti Keluarga Sendiri, Kata Fahmi

03/08/2024
0

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menjelaskan dia tidak berniat untuk menyebut nama Bersih sebagai antara pihak yang tidak hadir ke sesi...

Bersih Gesa K’jaan Bebaskan Tahanan Protes Air Sabah

Bersih Gesa K’jaan Bebaskan Tahanan Protes Air Sabah

18/06/2024
3

Gabungan NGO untuk pilihan raya bersih dan adil (Bersih) menuntut pihak berkuasa membebaskan sembilan individu tanpa dokumen yang ditahan ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd