Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Permohonan Rayuan BSH 2019...

KUALA LUMPUR – Tempoh permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dibuka...

Wang Kertas Not RM50...

Beberapa hari kebelakangan ini, laman sosial Facebook jadi medan perkongsian foto not terbaharu...

Pangkalan Data Bersepadu Tangani...

CYBERJAYA - Pembangunan perumahan mampan pada masa depan penting bagi memastikan setiap rakyat...

JPJ Kuatkuasa Larangan Kenderaan...

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melarang semua pengendali syarikat atau pemandu kenderaan barangan melibatkan...

Tindakan Jika Bersih 5, Gerakan Merah Ingkar Arahan

KUALA LUMPUR – Polis mengulangi amaran kepada penganjur Bersih 5.0 dan Gerakan Merah bahawa tindakan tegas akan diambil jika kedua-duanya masih berhasrat meneruskan perhimpunan masing-masing yang dirancang di ibu kota Sabtu ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata penganjur perhimpunan tersebut diingatkan agar tidak menyalahkan pihak polis yang bertanggungjawab mengekalkan keamanan mengikut undang-undang sedia ada.

“Saya nak ulangi semula bahawa semua pihak perlu mematuhi undang-undang, jangan marah kalau kita ambil beberapa langkah terhadap mereka yang tidak mematuhi undang-undang ini..tak kiralah kuning, hijau, merah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Kerjasama Latihan Polis Nasional ASEAN (ASEANAPOL) Ketujuh (APTCM) di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini.

Katanya, yang menjadi masalah ketika ini adalah tiada pihak yang memberikan notis kepada PDRM tentang perhimpunan masing-masing.

“Kuning cakap dia nak berhimpun berhampiran Dataran Merdeka, Merah pula cakap dia akan ikut sama. Bila orang tak bagi notis, susah kita nak buat persiapan, ada pula yang bijak pandai kata dah bagi notis…tafsirkan undang-undang dia sendiri.

“Apa juga akan kami gunakan untuk mengelak perkara buruk berlaku dan ia mengikut peruntukan undang-undang yang ada…kami akan ikut cara-cara yang betul,” katanya.


Dalam pada itu, Khalid berkata PDRM akan bekerjasama rapat dengan ASEANAPOL dan Polis Antarabangsa (Interpol) dalam membanteras jenayah siber bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia.

“Kami bekerjasama rapat ditambah lagi dengan adanya IGCI (Kompleks Global bagi Inovasi Interpol) dan Interpol di Singapura, ini memudahkan lagi rangkaian ASEANAPOL dihubungkan dengan Interpol dan lain-lain seperti Africapol, Europol dan sebagainya.

Khalid berkata, kira-kira 556 juta mangsa jenayah siber seluruh dunia direkodkan dengan kerugian mencecah US$110 bilion setahun. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori