Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Aishah Nafi Tiada Pihak...

MINGGU kedua program realiti Gegar Vaganza 4 (GV4) menyaksikan Ferhad menamatkan perjalanannya di pentas...

Gaji Minimum RM1,800, Habis...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad secara berseloroh berkata semua kedai...

Ronaldo Beli Bugatti Veyron...

KAPTEN pasukan bola sepak kebangsaan Portugal, Cristiano Ronaldo meraikan kemenangan menjuarai kejohanan Euro...

Bekas Menteri Britain Terbabit...

Bekas menteri Britain, Brooks Newmark yang meletakkan jawatan berikutan skandal seks cyber bulan...

Tidak Wujud Sikap ‘Touch & Go’ Dalam Program Komuniti

KUALA LUMPUR – Tidak wujud sikap ‘touch and go’ dalam pelaksanaan Program Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti (FACE), bagi memperkasa keluarga dan komuniti dalam mencapai kesejahteraan bersama.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim sebaliknya berkata komuniti yang terlibat akan dibimbing kira-kira setahun dalam melaksanakan pelbagai program berasaskan keperluan sebenar atau masalah setempat yang dikenal pasti.

“Komuniti mendapat bimbingan secara berterusan daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dalam melaksanakan program intervensi. Setelah program intervensi dijalankan, kaedah penilaian yang bersesuaian akan dilaksanakan di komuniti tersebut bagi mengukur keberkesanan intervensi yang dilaksanakan.

“Pemantauan program intervensi dibuat secara berterusan dan akan dinilai melalui pelbagai kaedah seperti kajian tinjauan, perbincangan berkumpulan bersama komuniti dan pemerhatian,” katanya menjawab soalan Anuar Abd. Manap (BN-Sekijang) pada sesi khas Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Anuar ingin tahu keberkesanan program berkenaan dalam menangani isu-isu komuniti setempat.

Rohani berkata penilaian program tersebut penting bagi membantu anggota keluarga lain dalam komuniti tersebut menyelesaikan masalah setempat seperti masalah kebersihan, kekeluargaan dan hubungan dalam komuniti.


Dalam sidang medianya, Rohani berkata terdapat kira-kira 6,000 hingga 7,000 kaunselor yang berdaftar di bawah kementeriannya dan bersedia untuk melaksanakan pelbagai program secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama agensi lain termasuk FACE tersebut.

“Program ini dijalankan dengan beberapa pihak antaranya Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Agama Islam untuk sama-sama mencari jalan serta bukan menuding jari dalam menangani masalah berkaitan komuniti,” katanya.

Program FACE merupakan satu program dilaksanakan melalui kaedah komprehensif dengan mengenal pasti keperluan setempat dan tahap kesejahteraan keluarga di komuniti yang dipilih. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori