• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Parti Menang Pilihan Raya Jika Jentera Tak Kuat

oleh Ahmad Albab
15/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada parti boleh menang pilihan raya tanpa kekuatan jentera di belakangnya, tegas Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menteri Pertahanan dan Naib Presiden UMNO itu berkata jika jentera parti lemah, ia tidak akan lama memerintah negara dan tidak akan terus diberi mandat oleh rakyat.

“Realitinya tiada parti boleh menang (pilihan raya) tanpa jentera yang kukuh,” katanya kepada pemberita selepas menutup ‘ASEAN Pink Dialogue 2016’ anjuran Puteri UMNO di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini kononnya kemenangan Barisan Nasional (BN) pada setiap kali pilihan raya umum bukan berpunca daripada kerja keras parti tersebut sebaliknya faktor perpecahan parti pembangkang.

Mengulas lanjut Hishammuddin berkata bekas perdana menteri itu sendiri mengerahkan jentera UMNO bagi meraih undi pada pilihan raya.

“Dia cakap tidak serupa bikin. Dia lupa dia ada juga kata kepada kita bahawa parti tak akan kuat jika tiada kerja kuat daripada jentera sendiri,” kata Hishammuddin. – BERNAMA

Tags: Hishammuddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRU15: [RASMI] Hishammuddin Menang Di Sembrong

PRU15: [RASMI] Hishammuddin Menang Di Sembrong

19/11/2022
0

PETALING JAYA – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berjaya mempertahankan kawasan Parlimen Sembrong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari...

Tuduh Tentera Undi Awal: Anwar Keterlaluan – Hishammuddin

Tuduh Tentera Undi Awal: Anwar Keterlaluan – Hishammuddin

12/11/2022
0

PRU15 | Dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ada anggota tentera di Bera, Pahang, sudah mengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd