• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teliti Cadangan Mekanisme Penetapan Harga Minyak Masak

oleh Ahmad Albab
03/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan mekanisme penetapan harga minyak masak.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu meneliti cadangan mewujudkan mekanisme penetapan harga minyak masak itu demi kesejahteraan rakyat.

“Itu cadangan yang harus diteliti dengan baik oleh pihak KPDNKK dan bukan sahaja daripada NGO (badan bukan kerajaan) malah maklum balas daripada media dan orang ramai juga boleh diguna pakai,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Tangani Kos Sara Hidup, berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan beberapa NGO supaya mekanisme penetapan harga minyak masak diwujudkan agar pengilang dan pembekal tidak menetapkan harga bahan itu sewenang-wenangnya hingga membebankan rakyat.

Beliau berkata cadangan dan maklum balas berkaitan mekanisme itu perlu disalurkan kepada KPDNKK untuk dibentangkan kepada Kabinet untuk pertimbangan.

Mengenai kegiatan penyeludupan minyak masak, timbalan perdana menteri berkata Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) dengan kerjasama KPDNKK akan memperhebatkan kawalan di sempadan negara bagi mengelakkan subsidi yang sepatutnya dinikmati rakyat Malaysia, mengalir ke luar negara.

Katanya setakat ini beliau belum menerima sebarang maklumat bahawa terdapat unsur rasuah di Kom­pleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di sempadan negara yang digunakan sebagai laluan untuk menyeludup bekalan bersubsidi terbabit seperti yang dilaporkan akhbar baru-baru ini.

“Kebocoran ini bukan melalui lorong rasmi, ia dibolosi melalui lorong-lorong tikus.

“Jika ada bukti (rasuah) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Menurutnya pembekal minyak masak, peniaga dan pengguna juga harus sedar bahawa bahan bersubsidi seharusnya dinikmati oleh rakyat Malaysia sahaja dan tidak sepatutnya mengalir ke luar negara. – BERNAMA

Tags: Minyak Masak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

17/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum merancang untuk menukar subsidi minyak masak peket kepada bayaran tunai melalui MyKad kepada rakyat setakat...

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

26/10/2024
0

TUMPAT : Pemandu sebuah kereta disyaki penyeludup lari meninggalkan kenderaan membawa muatan 850 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi untuk mengelak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd