• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanah Runtuh, Jalan Raba Ditutup Sementara

oleh Ahmad Albab
25/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Tanah runtuh menyebabkan rekahan di sepanjang Jalan Raba dekat Tronoh pada petang Khamis.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, Datuk Jamilol Nasir Saad berkata laluan terpaksa ditutup sementara waktu selepas lubang sedalam 7 meter dan 40 meter lebar terbentuk berikutan insiden tersebut kira-kira pukul 4 petang Khamis.

Beliau berkata sementara menunggu kerja pemulihan selesai, jabatan itu akan membuat lencongan sementara.

“Buat masa ini, pengguna masih boleh menggunakan satu laluan di jalan tersebut atau mereka boleh menggunakan Jalan Batu Gajah sebagai laluan alternatif.

“Kerja membaik pulih kerosakan jalan akan mengambil masa selama dua minggu untuk siap,” katanya.

Susulan insiden itu, plastik diletakkan di kawasan tersebut sebagai langkah segera untuk membendung hakisan lebih teruk.

Jamilol berkata pelan pengurusan lalu lintas telah dibuat dan syarikat konsesi bagi Jalan Persekutuan sedang menjalankan kerja-kerja baik pulih buat masa ini. – mStar Online

Tags: jalantanah runtuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd