• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tambah Baik Undang-Undang Sedia Ada Pantau Dana Asing

oleh Ahmad Albab
08/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beberapa undang-undang sedia ada termasuk Akta Profesion Undang-Undang 1976 (LPA) perlu ditambah baik bagi memantau kemasukan dana asing ke negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata cadangan pindaan LPA perlu mengambil kira aspek melibatkan penerimaan geran, hadiah, harta atau wang oleh Majlis Peguam.

“Ini bagi memastikan Majlis Peguam mencapai matlamat utama untuk menegakkan keadilan tanpa ada kepentingan peribadi dan campur tangan kuasa luar,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Anggota Parlimen Pengerang itu turut mencadangkan supaya Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan Peraturan Pertubuhan 1984 dikuatkuasakan kepada pelbagai kategori pertubuhan dengan mengambil kira beberapa perkara.

“Ini termasuk prosedur laporan terhadap sumbangan yang diterima adalah mengikut tadbir urus yang betul, telus dan bertanggungjawab yang mana secara tidak langsung membentuk pembangunan sosial dan masyarakat yang lebih baik di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata akta yang sama juga harus menyediakan ruang untuk mengawal selia pendaftaran gabungan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Bersih bagi menghalang sebarang penyalahgunaan.

Dalam isu itu, Azalina menyifatkan pendedahan pihak berkaitan berkenaan penerimaan sumbangan daripada Open Society Foundation (OSF) milik hartawan George Soros adalah membimbangkan.

“Ia mungkin tidak salah di sisi undang-undang untuk menerima dana asing kerana buat masa ini tidak ada peraturan atau undang-undang khas berkaitan sumbangan asing,” katanya.

Baru-baru ini Majlis Peguam mengakui ia menerima sejumlah RM53,757.12 (US$15,000) daripada OSF yang diasaskan Soros sebagai geran untuk menjalankan kajian penyelidikan mengenai pekerja migran di Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Migran, Pelarian dan Imigresen Majlis Peguam Datuk Seri M. Ramachelvan mendedahkan bahawa pembiayaan itu diterima daripada OSF pada 7 Jan 2015. – BERNAMA

Tags: Dana Asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

COVID-19: Kenanga Research Unjur Aliran Keluar Dana Asing

09/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Aliran keluar dana asing dari pasaran modal negara ini dijangka terus berlaku pada masa terdekat ini berikutan...

Aliran Keluar Dana Asing Meningkat Hampir 3 Kali Ganda

02/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Aliran keluar dana asing dari Bursa Malaysia dilihat berterusan apabila nilainya mencecah hampir 3 kali ganda kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd