• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

40,000 Kunjungi Festival Makanan Thai Di Muar

oleh AK-47
29/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Festival Makanan Thai 2016 yang berlangsung selama 11 hari di Stadium Mini Sultan Ibrahim, di sini, membolehkan orang ramai merasai sendiri keenakan pelbagai makanan dari wilayah Selatan Thailand.

Penganjur festival itu, Hafiz Hashim dari SDSI Management berkata festival yang bermula sejak 24 November lepas dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam itu menyasarkan kedatangan lebih 40,000 pengunjung.

Katanya, sebanyak 62 gerai makanan yang menjual lebih daripada 100 jenis aneka juadah seperti telur bakar, ais krim kelapa, somtam dan kerabu Maggie, boleh didapati.

“Kita mendapat kerjasama dari kerajaan Thailand membawa peniaga-peniaga makanan dari wilayah Narathiwat, Pattani, Yala dan juga Songkhla. Festival ini turut disertai beberapa usahawan dari Muar,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Hafiz menambah sambutan daripada pengunjung ketika ini amat menggalakkan dengan kira-kira 1,000 orang dicatatkan setiap hari.

Katanya, festival yang sama pernah diadakan di Batu Gajah, Perak dari 12 hingga 21 Ogos lalu dan berjaya menerima kunjungan lebih daripada 80,000 orang.

“Tujuan festival ini diadakan bukan hanya untuk memperkenalkan makanan Thailand, malah turut membawa misi yang lebih besar iaitu mengeratkan hubungan di antara kedua-dua negara, di samping mewujudkan peluang perniagaan bagi usahawan dari Thailand dan Malaysia,” katanya.

Sementara itu, seorang pengunjung festival berkenaan, Salmah Ibrahim, 45, berkata beliau berasa seronok kerana ini adalah kali pertama beliau merasai pelbagai aneka makanan dari Thailand.

“Sudah lama saya hendak merasa makanan mereka kerana sering kali mendengar cerita daripada rakan-rakan mengenai keunikan dan kesedapan makanannya, hari ini baru saya berpuas hati,” katanya yang berasal dari Bakri, Muar.

Bagi Mazlan Zainal, 34, pula, beliau teruja dapat merasai keunikan makanan Thailand kerana tidak berkesempatan lagi untuk berkunjung ke negara itu.

“Dalam banyak-banyak makanan, paling sedap kerabu Maggie…rasanya masam-masam dan pedas selain harga juga berpatutan,” katanya. – BERNAMA

Tags: makananThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd