• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sudah Setahun Kucing Ini Tinggal Di Kubur Tuannya

oleh AK-47
05/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGGUH menyentuh hati. Kisah ini mengenai seekor kucing di Jawa Tengah, Indonesia yang setia terhadapnya tuannya, sehinggakan sanggup ‘tinggal’ di atas kubur wanita itu sejak setahun lalu.

Bahkan, haiwan mamalia kesayangan Rasulullah SAW ini dikatakan akan kembali pulang ke kubur tersebut meskipun ada yang bersimpati telah mengambilnya balik ke rumah untuk dijaga dan diberi makan.

Kisah kasih sayang kucing bercorak belang itu mendapat perhatian dunia selepas seorang penduduk, Keli Keningau Prayitno, 28, memuat naik gambar-gambar si comel itu yang sedang baring di atas kubur pemiliknya.

“Semenjak (pemiliknya) meninggal dunia, kuburan adalah rumahnya… saya mahu bawanya pulang tapi ia enggak mahu,” tulis Keli di laman Facebook.

kucing2

kucing-setia

Aksi kucing tersebut yang setia menunggu di atas pusara tuannya itu sekali gus menjadi viral hingga dikongsi lebih 11,190 netizen di seluruh dunia.

Menerusi gambar yang dimuat naik, batu nisan pada kubur itu tertera nama seorang wanita bernama Kundari.

Bercakap kepada Daily Mail, Keli memberitahu, dia pernah cuba bawa kucing itu pulang ke rumahnya, namun kucing itu kembali ke kubur tuannya dan akan menggesel-geselkan kepalanya ke atas batu nisan kubur tersebut.

“Kucing itu tidak mahu pulang. Ia sudah ada di sana hampir setahun. Mulanya saya fikir ia tidak mempunyai tempat tinggal dan saya cuba membantunya, namun ia akan tetap kembali ke tempat yang sama.

“Ia amat menyayat hati. Ia menunjukkan betapa rapatnya haiwan peliharaan dengan pemilik mereka,” katanya.

Difahamkan, setiap hari kucing itu akan kembali ke rumah tuannya, di mana dia akan diberi makanan oleh anak-anak tuannya sebelum haiwan tersebut kembali semula ke kubur wanita berkenaan.

Kisah ini turut mengingatkan kembali cerita anjing popular bernama Hachiko di Jepun, di mana ia setia menunggu tuannya di stesen kereta api selama sembilan tahun meskipun tuannya sudah lama meninggal dunia. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kucing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

25/12/2025
0

Kalau benar kucing ini dibuang oleh manusia, tolong dengar baik-baik. Kucing ini jinak, bersih, dan jelas pernah hidup indoor. Lebih...

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

16/11/2025
0

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga Nepal yang disyaki meliwat dan mencampak seekor kucing dari aras empat sebuah pangsapuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd